CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label ade mo0d :D. Show all posts
Showing posts with label ade mo0d :D. Show all posts

Tuesday, June 4, 2013

Mahligai Bahagia Izzue Islam & Awin Nurin

Kenal ni kumpulan apa ?


Ni la kumpulan Forteen. 
Tapi saya bukan nak cerita tentang kumpulan mereka. Memandangkan 2 Jun 2013 bersamaan hari Ahad adalah hari perkahwinan bagi salah seorang ahli kumpulan mereka iaitu Izzue Islam, hah saya nak cerita pasal dia la. Kenal tak yang mana ? Alaaa, yang sekarang ni orang tengah mabuk dengan cerita ni 

V
V
V


Hehheh. Dah kenal dah yang mana satu ? 
Memandangkan dia yang paling cute. Ramai kawan saya cakap la. *boleh sajaaa
dan ramai giler yang syok dekat dia, hah sekarang dah frust menonggeng sebab Izzue ni dah kahwin. Melepas la korang. Tu la lain kali dah minat tu minang terus. Haha. *Gelabah

Izzue ni kahwin dengan pengurusnya sendiri iaitu Awin Nurin @ nama sebenarnya Nurinafilah Binti Waharudin dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11 
*best kan nombor ni. Senang nak ingat. 

Okay, jom kita tengok gambar nikah dan persandingan mereka yang sweet sangattttt.

Nikah

















Sweet couple. :)

Alhamdulillah, akhirnya tanggungjawab sebagai suami isteri dah terletak di bahu masing-masing dan selesai sudah pernikahan mereka. Jom kita pi tengok persandingan mereka pula. Hehheh.

Persandingan












Semoga berbahagia ke hujung nyawa.

Izzue Islam > Akad Nikah > "Aku terima..." > Tiba-tiba > Tiz Zaqyah datang > "Nanti! Sebenarnya Saya Isteri Dia" > Izzue Islam terkejut > Pengsan 

Awin Nurin datang > Tersenyum > "Sebenarnya Saya Isteri Dia" > Izzue Islam tersedar > Senyum > Tiz Zaqyah > Pengsan 

*Penonton tepuk tangan :D

#just kidding


"Sebenarnya Saya Isteri Dia", Awin Nurin. :)








Sunday, June 2, 2013

KISAH LUCU. lucu ker??? ^_^


BURUNG.




Pada suatu hari, ada seorang kanak-kanak  bernama Musa masuk ke sebuah kedai burung. Dia sangat teruja melihat setiap seekor burung yang ada.






Penjual     :   Adik, dari tadi pakcik lihat adik khusyuk membelek burung.

Musa         :   Ya pakcik. Saya suka tengok gelagat burung.

Penjual     :   Ada apa-apa yang adik nak tahu daripada pakcik?

Musa         :   Ada pakcik.

Penjual     :   Tentang burung apa?

Musa         :   Hmm, angry bird ada dijual disini tak?

Penjual     :    ~!@#$%^&*()_+



DIET.





Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk berdiet.

Doktor      :   Mulai dari sekarang anda mesti berdiet. Makan hanya sedikit roti panggang. Sebiji buah-buahan dan segelas air kosong.

Lelaki gemuk     :   Baikah doktor. Itu semua harus saya makan sebelum atau sesudah makan Doktor?

Doktor     :     ~!@#$%^&*()_+


PANADOL.

Budin melihat rakannya, Karim sedang membuat kopi yang kemudiannya memasukkan sebiji panadol. Dengan kehairanan Budin bertanya satu soalan kepada Karim.

Budin       :   Dah kenapa kau ni Karim? Apa pasal kau masukkan panadol dalam kopi tu?

Karim       :   Kapi ni panas. Jadi aku bagi panadol. Kuranglah sikit panasnya.

Budin       :   ~!@#$%^&*()_+

BALIK AWAL.

Suatu pagi seorang ibu kehairanan kerana anaknya pulang awal dari sekolah.

Ibu     :   Kenapa kamu pulang awal hari ini Akim? Jam baru pukul 10 pagi.

Anak       :   Ooo, tadi saya boleh jawab soalan cikgu denga tepat. Sebagai balasannya, cikgu suruh balik awal.

Ibu     :   Bagusnya anak ibu. Tapi soalan apa yang cikgu bagi tadi sampai boleh balik awal?

Anak     :   Cikgu tanya, SIAPA YANG MEMBALING KASUT KE MUKA CIKGU?

Ibu     :   ~!@#$%^&*()_+

ANAK BIJAK.


Anak     :   Mama, hari ini saya dapat markah 100% di sekolah.

Mama  :   Betul ke? Macam inilah anak Mama yang pintar. Mama bangga dapat sangat. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100% tu?

Anak     :   Matematik 30%, Bahasa Melayu 50% dan Sejarah 20%. Jumlah 100%.

Mama  :   ~!@#$%^&*()_+


AISYAH.


Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyenyak. Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah isteri.

Perompak     :   Sebelum kamu mati aku bunuh, sebutkan namamu !

Isteri                 :   Na.., nama sa.., saya.., Aisyah.

Perompak     :   Aisyah? Nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuh kamu.

Lalu perompak itu mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya.

Perompak     :   Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korban aku.

Suami              :   Nama aku Irwan. Tapi.., semua orang memanggilku Aisyah.

Perompak    :   ~!@#$%^&*()_+



PARTI.

Halid baru mendapat tahu dia akan ditukarkan ke Johor Bahru kerana dinaikkan pangkat.

Halid     :   Semua kawan saya akan mengadakan parti secara besar-besaran. Mereka rancang nak adakan pertunjukan bunga api bagi meraikan pemergian saya.

Leman  :   Baguslah tu. Hanis kenapa pula yang awak nak bersedih ni?

Halid      :   Saya tidak dijemput.

Leman  :   ~!@#$%^&*()_+

                                                   ISTERI.

Kisah seorang wanita yang bertanyakan kepada seorang lelaki. Kenapa lelaki suka atau nak kahwin sampai tiga seperti  cerita P.Ramlee (Madu Tiga).

Maka jawab lelaki tersebut,

Kalau kahwin satu, is one..,
Kalau kahwin dua, is two..,
Kalau kahwin tiga barulah is three (Isteri).


KUIZ.

Ah Beng menyertai acara kuiz behasa Inggeris di Hari Terbuka sekolah anaknya.

Juru Kuiz     :   Give 4 fruits that begin with "L".

Ah Beng dengan penuh yakin menjawab. 

Ah Beng      :   I know.., Lemon, Lime, Lambutan and Lulian.

Juru kuiz     :   ~!@#$%^&*()_+

TWIN :
rileks sekejap.  ^_^

Friday, April 19, 2013

19 ? sweet sangat..... :)

Sahabat itu adalah cermin kepada sahabatnya. :)

Assalammualaikum...

Selamat Hari Lahir
عيد ميلاد سعيد
Happy Birthday
생일
生日快樂
जन्मदिन मुबारक
お誕生日おめでとうございます
feliz aniversário
สุขสันต์วันเกิด

kepada EiraJengkel

Okay, nampak tak banyaknya bahasa yang kitaorang tahu. K, poyo! Haha. 
Okay, hari ini hari yang special untuk kau walaupun busy dengan test.
Sebenarnya nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR dekat kawan kitaorang yang sorang ni.
Semoga :

-menjadi anak yang solehah
-dipanjangkan umur
-dimurahkan rezeki
-dipermudahkan segalanya
-menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat
-menjadi kawan yang the best best best!!!!!

Thanks sebab sudi jadi kawan yang hua hua dengan kitaorang sepanjang kita berkawan.
Thanks sebab sudi jadi kawan yang ting tong. Hehe. 
Thanks sebab sudi jadi kawan yang gila-gila.
Thanks sebab sudi jadi kawan yang ceria.
Thanks sebab sudi jadi kawan yang memberi nasihat dekat kitaorang. 
Thanks sebab sudi jadi kawan yang beri semangat.
Thanks sebab tolong kitaorang waktu kitaorang dalam kesusahan dulu ke.
Thanks sebab sudi jadi kawan dunia dan akhirat. In Shaa Allah.

Harap persahabatan kita kekal ke Syurga. Aminn, In Shaa Allah. 

Btw, thanks a lot kawan....... have a nice day. 
Sayang AWAK!!! Grrrrrrrrrrrrrrr...


Yang tulus ikhlas drpd hati, jantung & limpa. :)
XOXO  . PUBLISH. K, POYO!





  

Thursday, March 28, 2013

Ciptaan Yang Maha Esa ~Asy-Syams.


1. Demi matahari dan cahayanya Yang terang-benderang;

2. Dan bulan apabila ia mengiringinya;

3. Dan siang apabila ia memperlihatkannya Dengan jelas nyata;

4. Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),

5. Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk Yang kuat kukuh - Yang melambangkan kekuasaanNya);

6. Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);

7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya);

8. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; -

9. Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

10. Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

11. (ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) Dengan sebab perbuatan derhaka mereka Yang melampaui batas;

12. Ketika orang Yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta Yang menjadi mukjizat),

13. Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi soleh) kepada mereka: " (janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"

14. (setelah Nabi soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka Dengan azab Yang membinasakan serta ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).

15. Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) Yang demikian, (kerana itu adalah balasan Yang adil).


twin : 
Allah Maha Besar.  ~love~



Monday, March 18, 2013

MAAF SENGAJA :D

Assalammualaikum,

"Allah, selamatkan kamu
Allah, selamatkan kamu
Allah selamatkan Nelda Fitri
Allah selamatkan kamu.........."

Felda! Haha. SELAMAT HARI LAHIR kawan! Nampak tak sombongnya kitaorang tak nak wish kau kat sekolah tadi. Haha. Saje nak jadi orang special. Wekkk! Hahahahaha. Semoga kau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berjaya dunia akhirat, jadi anak yang solehah, jadi isteri yang solehah. Huh ????????? Bila tu bila ? Hahahaha. Semoga dapat result yang tip top meletop, gempak!! Walaahhh... Emm, semoga diberkati Allah dunia dan akhirat.

Oh ye, maaf la kalau kitaorang lambat masukkan top up tu. Kadang sistem loading. Problem.
Bila takde kredit, suruh 'abe' mesej. Ehhhh ??? Hahaha. :D Kitaorang minta maaf kalau banyak sakitkan hati kau, ye la orang dah tua kan. Mesti terasa. Huahuahua. Semoga kau redha dengan gurauan 'kasar' kitaorang ni yeee. Jangan amik hati sangat. Kitaorang memang ting tong sikit. Haha. Sori la kalau ada hari yang kadang tergaduh-gaduh tu. Haha! Ayat india. Emm, tapi tu la asam garam bila berkawan. Right! . Nanti kitaorang takde, kau rindu pulak. K, perasan! :P 

Thanks sebab sudi jadi kawan kitaorang selama ni. Hah, lagi satu! Jangan diikuti perangai Aim yang 'p_ _ _o'  tu. Sesat kau nanti. Rosak akhlak. Hahahaha. Gurau jeee. :D

Thanks for everything! 

NELDA @ FELDA
...selamatharilahir...
sweet 19
18 Mac 2013
:)



Sayangilah guru-guru kita. ^_^

Disini ingin kami kongsikan sebuah cerita mengenai seorang guru dan murid.


Hari pertama musim sekolah, Mrs Thompson ke kelas darjah lima nya itu. Dia berdiri di depan kelasnya itu lalu menipu anak-anak muridnya. Seperti semua guru, dia mengucapkan perasaan cinta kepada mereka semua. Cinta yang sama rata. Padahal ini hanyalah kata-kata manis sahaja.

Cinta sama ratanya itu tidak mungkin. Apatah lagi di kelas itu, di bahagian hadapan sekali, tersandar di kerusinya seorang pelajar malas, namanya Teddy Stoddard. Mrs Thompson memerhatikan Teddy sejak setahun lamanya. Dia mendapati bahawa Teddy si pemalas, kurang ceria, tidak suka bermain dengan rakan-rakan. Teddy tidak seperti yang lain. Dia agak menyakitkan mata untuk dilihat. Pakaiannya serabai, Malah Mrs Thompson merasakan bahawa Teddy perlu selalu mandi. Selain itu, Teddy kurang enak untuk didekati. Murid yang lain agak kurang senang dengan Teddy. Malah ada yang suka membulinya.

Mrs Thompson sangat merasa senang semasa menanda kertas Teddy. Mana taknya, dengan mudah dan penuh kepuasan dia membuat pangkah X yang besar menggunakan pen merah yang tebal. Kemudian dia meletakkan satu huruf "F" besar di atas kertas Teddy. (F= Failed/gagal)

Suatu hari, Mrs Thompson diminta untuk menganalisa rekod setiap murid pada tahun-tahun yang lepas. Dia mengambil fail pertama dan mendapati itu fail Teddy. Oleh kerana agak kurang minat dgn teddy si Pemalas, dia meletakkan fail Teddy di sebelah, untuk dibelek yang paling akhir. Sampai fail terakhir iaitu fail Teddy, ketika dia melihat-lihat dan membaca fail tersebut. Dia agak terkejut.

Guru kelas darjah satu Teddy menulis, "Teddy adalah anak yang cerdas dan suka tertawa. Dia membuat kerjanya dengan rapi dan memiliki sikap yang positif. Kewujudannya di sekitar sangat menyejukkan hati.. ". 

Guru kelas darjah duanya menulis, "Teddy adalah murid yang sangat baik, sangat disukai oleh teman-teman sekelasnya, tetapi ia terganggu kerana ibunya mempunyai penyakit melarat dan kehidupannya di rumah pasti sesuatu yang berat baginya.. "

Guru kelas darjah tiganya menulis, "kematian ibunya adalah sangat sukar baginya. Dia cuba untuk melakukan yang terbaik, tetapi ayahnya tidak menunjukkan banyak minat. Kehidupannya di rumah pasti akan banyak mempengaruhinya jika beberapa langkah tidak diambil. "

Guru kelas tahap empat Teddy menulis, "Teddy menjadi mundur dan dia tidak tertarik untuk ke sekolah. Dia tidak mempunyai banyak teman dan kadang-kala dia tidur di kelas. "

Di saat itu, Mrs Thompson tersedar. Tiba-tiba dia berasa malu terhadap dirinya sendiri. Dia merasa kasihan dengan peristiwa yang menimpa Teddy sejak beberapa tahun itu. Dia merasa bersalah atas segala tuduhan dan tindakan yang tidak baik yang pernah dia lakukan terhadap Teddy.

Bahkan dia merasa lebih teruk lagi semasa murid-muridnya membawanya hadiah krismas. Semua hadiah dibungkus dengan cantik berwarna-warni, namun hadiah daripada Teddy.. hadiahnya dibungkus berserabai dengan kertas coklat yang dipotongnya daripada beg kertas terpakai dari kedai runcit.

Mrs Thompson dengan perasaan pilu mengambil hadiah Teddy dari celah-celah hadiah yang lain. Sebahagian anak muridnya mula tertawa melihat bungkusan hadiah yang buruk tersebut.. Mrs Thompson pun membuka hadiah tersebut. Murid-murid pun ramai yang tertawa kuat, mereka melihat hadiah yang dikeluarkan itu ialah gelang kristal lama yang sudah tertanggal-tanggal biji-biji kristalnya. dan dalam hadiah itu juga terdapat satu botol minyak wangi yang hanya berisi suku botol sahaja.

Tetapi murid-murid berhenti ketawa Apabila Mrs Thompson mula memakai gelang tersebut dan berkata: "Alangkah cantiknya gelang ini". Kemudian dia meletakkannya, lantas menyapu beberapa titik minyak wangi hadiah Teddy itu di pergelangan tangannya.

Pada hari itu Teddy merasa sangat gembira. Dia menunggu lama selepas sekolah semata-mata hendak berjumpa dan mengucapkan, "Mrs Thompson, hari ini bau cikgu seperti bau emak saya".  Setelah anak itu pergi, Mrs Thompson menangis selama sejam.

Pada saat itu, ia berhenti daripada mengajar untuk membaca dan menulis, dan berhenti mengajar geometri. Sebaliknya, ia mulai melakukan satu kerja yang baru ditekadnya.. iaitu mengajar anak-anak.

Mrs Thompson memberi perhatian khusus pada Teddy. Setelah lama dibantu, fikiran Teddy nampaknya mulai hidup. Semakin banyak dia didorong, semakin cepat ia merespon dan memberi hasil. Pada akhir tahun, Teddy telah menjadi salah seorang murid terpandai di kelas. Walaupun Mrs Thompson berbohong seperti biasa bahawa ia mencintai semua anak-anak muridnya sama rata, namun Teddy menjadi satu-satunya buah kesayangannya.

Setahun kemudian, Mrs Thompson menemui sebuah surat dibawah pintu, dari Teddy, mengatakan bahawa Mrs Thompson tetap guru terbaik yang pernah dimiliki sepanjang hidupnya.

Enam tahun berlalu sebelum ia mendapat nota lain dari Teddy. Dia menulis bahawa dia telah selesai sekolah Menengah, mendapat tempat ketiga di kelasnya, dan Mrs Thompson tetap guru terbaik yang pernah dimiliki dalam hidupnya.

Empat tahun selepas itu, dia  menerima surat yang lain, mengatakan bahawa walaupun keadaan ekonomi sulit suatu ketika dulu, dia terpaksa terus bersekolah, terperangkap, dan sekarang dia akan lulus dari kolej dengan penghargaan tertinggi. Dia meyakinkan Mrs Thompson bahawa beliau tetap guru yang terbaik dan satu kegembiraan yang paling tinggi pernah ia alami sepanjang hidupnya.

Kemudian empat tahun berlalu dan surat yang lain datang. Kali ini ia menjelaskan bahawa setelah ia mendapat gelaran sarjana, dia memutuskan untuk pergi lebih jauh. Surat itu menjelaskan bahawa Mrs Thompson tetap guru yang terbaik dan kegembiraan ia pernah miliki. Tapi sekarang agak berbeza, namanya agak panjang. Surat itu ditandatangani, Theodore F. Stoddard, Medical Doctor. Kisahnya tidak berakhir di situ.

Ada lagi surat lain pada musim 'spring'. Teddy berkata bahawa ia telah bertemu gadis ini dan akan berkahwin. Dia menjelaskan bahawa ayahnya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu dan ia bertanya-tanya apakah Mrs Thompson mungkin bersetuju untuk hadir ke hari pernikahannya dan duduk di tempat yang biasanya disediakan untuk ibu pengantin lelaki.

Tentu saja, Mrs Thompson lakukan. Dan cuba teka apa lagi? Dia mengenakan gelang milik ibu teddy dengan beberapa batunya hilang. Selain itu, ia memastikan tidak terlupa daripada memakai minyak wangi yang diingat Teddy sebagai bau ibunya. Semasa Majlis, Mrs Thompson memasuki majlis, Mereka berpelukan, dan Dr. Teddy Stoddard berbisik di telinga Mrs Thompson, "Terima kasih kerana mempercayai saya. Terima kasih banyak kerana membuat saya rasa sebagai seorang yang penting dan menunjukkan kepada saya bahawa saya boleh membuat perubahan.

Mrs. Thompson dengan air matanya berlinangan, berbisik kembali. Dia berkata, "Teddy, awak sebenarnya tersilap. Awaklah sebenarnya orang yang mengajar saya bahawa saya boleh membuat perubahan. Saya tidak tahu bagaimana caranya mendidik sampai saya bertemu awak. "



"Tidak salah untuk kita menghargai jasa-jasa guru kita setiap hari."




(Terjemahkan daripada judul asal "The Teacher & The Student.")

TWIN:
Kami sayang cikgu !!! ^_^ (love)    

Tuesday, February 12, 2013

Tarikh keramat!


Assalammualaikum, 

Haha, dah lama tak menaip untuk entri kali ni. Rasanya mula tahun baru terus tak de entri baru kan. Emm, so selamat tahun baru semua! Walaupun lambat sangat dah wish ni. Moga tahun ni jadi tahun yang lebih baik daripada tahun yang sebelumnya. Aminnn, in shaa Allah. :)

Okay, tujuan sebenar nak cerita ni pasal tarikh keramat. Tau pasal tarikh keramat ? Tak tau ? Haha. Sebenarnya pada 16 Januari 1994 lahirnya seorang, eh 2 orang. Haha, iaitu pasangan kembar di Hospital Besar Melaka. So, pada 16 Januari 2013 dewasalah mereka dan matang la mereka (matang sangat) kerana dah pegang angka 19 iaitu angka belasan yang terakhir pada umur yang semakin meningkat. Haha (Ada ke 20 belas tahun ? Tak de kan. :D ) So dengan angka yang cukup besar ni tanggungjawab semakin banyak. Sebagai hamba Allah dah tentu! Seorang pelajar dan anak yang solehah. In shaa Allah. :) 

So, SELAMAT HARI LAHIR KEPADA KAMI!!! :D Moga menjadi seorang yang berguna di dunia dan di akhirat. Aminn, in shaa Allah. :)

Ouh ye, cerita pasal tarikh keramat ni. Kitaorang sebenarnya nak kongsikan sikit pasal penghargaan keluarga, cikgu, kawan2 kitaorang yang tak lupa nak wish, bagi hadiah time birthday kitaorang. Walaupun simple but nice. Kiteorang suka giler. Thanks sangat2. :')

Thanks kawan2.................. :')

#Klik pada gambar untuk kejelasan yang melampau2! Pergh! Tak daya. :)

3
Ni daripada Naim. Perempuan k. Not boy. Haha.  Comel kan! Kitaorang dah bawak tidur dah naim. Lena tapi maaf la bantal ni kat kaki time tidur sebab bantal busuk harus diutamakan! Haha. Thanks! :D (Gurau!)



Comel kan ? Dapat Spongebob juga. Suke! Emm, walaupun simple tapi kreatif sangat. Buat sendiri ni. Dalam tu dapat surat cinta sekali. Haha. Ucapan la. Aisshh. Tapi misteri juga mula2 dapat ni. Masuk2 kelas ada atas meja. Sebab dalam kelas ada ramai kawan yang kreatif. Tapi siapa buat ? Haha. Akhirnya, dapat la juga mengagak. Emi rupanya yang bagi. Ouhh, main2 eh. Hee. But thanks! Lawa+comel macam kitaorang. Huh! (masuk lif tekan sendiri nampak)

Hah! Ni lagi misteri. Jeng jeng jeng. Tengah dok lepak2 dalam kelas petang2 tu. Tiba ada adik ni panggil kitaorang kat luar kelas. Then, bagi cupcake ni. Katanya orang tu suruh rahsiakan siapakah dia. Ceh! Rahsia2 konon eh. Emm, pelik jugak. Dah la tak tinggalkan notis. Haha. K bajet hot! Tau siapa ??? Emm, lepas 2 minggu lebih. Orang tu hantar notis yang menghantar cupcake tu rupanya ALYAH a.k.a CHE AL!!!!!! Ouhhh, pandai eh surprise2. Nama pun birthday. Dah la time makan sama2 tu muka tak bersalah langsung. Hee. Anyway thanks! Sedap cupcake tu. Bila dia buat ? Buat kat asrama ke kek ni che al ? :D



Hah! Tau ni apa ? Ni la chicken chop. Nazira belanja! Malam birthday tu juga. Siapa tak happy wow! Alhamdulillah. Rezeki la katakan. Sebelum ni dia 'mengidam' tak dapat, tiba birthday kitaorang ada pulak makanan ni kat kedai kak salwa. Hee. Thanks! Nak lagi! :D Hah, lagi satu kitaorang dapat satu lagu birthday daripada dia. Dia nyanyi. So sweet. Huh ? Haha. Not bad la. Tak semerdu suaraku. Kuang3. :P


Hah, ni pulak daripada Munirah dan Kak Shida. Siapa yang pilih, kitaorang tak tau. Nak tau ? 
Sebenarnya kitaorang memang peminat tegar JAM. Terutama jam tangan.  Nak dijadikan cerita asal pi kedai jam je asyik2 kata nak beli jam dinding baru nak hias kat bilik tidur. Tapi ? Takde rezeki. Alhamdulillah. Allah tu Maha Mengetahui setiap kemahuan hambaNYA. Akhirnya, mereka tunaikan hajat kami yang mereka sendiri tak tau. Hee. Thanks! Vey nice! Macam tau2 je suka putih dan jam pelik2 ni kan. Dapat terus gantung. Nampak tak excitednya tu!
*tau la korang lapar jangan la makan epal tu setengah pastu bagi baki kat kitaorang kan. Hee. :D


Hah! Kreatif kan. Tapi bukan dia yang buat. Hee. Kantoi, kitaorang dah tau kat siapa dia buat. Haha. Sebab dapat sama dengan kawan kitaorang juga. But thanks! Nice! Ouh ye, lagi satu. Ucapan tu sebenarnya dia nak print buat poskad, tapi dakwat habis kot. Hee.  It's okay. Nanti kitaorang buat sendiri. Haha.  Jap! But siapa dia ? Hoho. Kak Salwa laaa. :D



Hah, nak air apa ? lemon ke orange? Haha. No la. Apa kebenda la ni kan. Tapi lawa kan. Comel cute. Aisshh! Fikir la apa ni! Hokalorh! Bukan botol minuman la. Macam real ada air kan. Caye ke ? Huh! (Tepuk dahi) Nak tau ? Ni tabung! Tempat isi duit berjuta2 tu. Hee. Tabung rupanya. Puas la kitaorang membelek time dapat   hadiah ni. Lubangnya kat atas tu. Depan kartun cute tu. Dia jagakan jangan ada sesiapa amik. Haha. Thanks Izza!  Ehem, beli dengan siapa ni ? :D




Thanks jugak dengan semua yang tak lupa wish birthday kitaorang! Yang terlupa wish time birthday tu ? Ehhemmm, it's okay. We know you are very busy. Haha. But thanks belanja makan ye dekat kedai makan tuuuuuuuuuuuuu. Sodap :D
Ouh ye! Perkongsian ni bukan mereka yang nak tapi kitaorang saje je nak kongsi. Ngee. :D

Thanks a lot.
Sayang semua.  ♥