CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 8, 2013

'Hujan hati'



Assaammualaikum...


Y a Allah si penjaga hati kami. Kuatkanlah diri ini untuk menempuh semua dugaanMu Ya Allah. Ya Allah, sesungguhnya Engkau penenang hati kami. Ya Allah jadikan hari ini sebagai hari paling bersejarah yang tidak akan kami lupa tentang dosa dan kesalahan kami. Kuatkanlah semangat dan azam kami untuk terus belajar. Ya Allah, teguhkan lah kasih sayang kami dengan orang yang banyak berjasa menurunkan ilmu kepada kami. Kuatkan lah kasih sayang antara kami, Ya Allah. Hindarilah segala kebencian dan prasangka buruk daripada orang lain. Redhamu untuk kejayaan dan masa depan kami. Maafkanlah kami wahai lilin yang membakar diri… :’(

Ya murabbi...

Friday, December 21, 2012

Awak.. baca ni

Assalammualaikum,

Haha, tu la tak nak tulis sangat kan. Amik kau. Meh aku tulis. Hee. Jangan marahhhhh, k. 
Meh meh baca...
Ni yang aku tulis...

kad birthday untuk kakak Domo :|

So sori tak kasi baca time tulis tu. :)


Thursday, December 20, 2012

Rindu sama kalian...


Assalammualaikum,

Miss cikgu2. :)

Rindu giler dengan cikgu2 ni. Yelah lama tak jumpa. Lagi2 cikgu Zurinawati tu hah. Lama sangat2 tak jumpa sebab cikgu tu dah balik Kelate. Ngajor sana. Huu. Sedih dulu bila dapat tahu yang cikgu tu nak pindah ke Kelantan. Nasib baik bila balik Seremban cikgu still ingat dan nak jumpa kiteorang. Bukan kiteorang tak rindu lagi 2 orang cikgu tu, rinduuu wow! Cuma cikgu2 kiteorang cikgu yang rajin kan. Masing2 dengan kerja. Cg. Aishah dengan sambung belajar nya lagi. Berulang-alik balik sini. Kadang nak jumpa kena cari masa yang betul2 free of charge kalau nak jumpa beliau. Hee. Hope cikgu berjaya ok! Kiteorang selalu doakan kejayaan cikgu. Doakan kejayaan kami juga ye. To cg.Rashidah, nanti kita fb2 ye. Hee. Cikgu still di Seremban kan. Harap2 ada masa la nanti nak pi Kelantan la. Buat kerja gila. Nak jumpa cikgu dekat kampung beliau pulak.  Tapi bilaaa yee ? Ada masa tuu. In Shaa Allah. :)

We will miss you all.  Hope to see you all again. :)

Friday, December 14, 2012

MTV 'Wanita' - KRU



(Yusry)
Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu 
Demi insan yang disanjung dalam hidup

(C)
Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah 
Setia didalam ceria dan gundah 
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita

(Edry)
Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu 
Menenangkan kalbu
Jgn kau hampakan cintanya yang tulus

#ulang (C)

(Norman)
Itulah dia seperti dia menyelimutmu.....

#ulang(C)

Khas untuk emak tersayang    :)

Thursday, December 13, 2012

Pengadil KPOP


Assalammualaikum,

Lee Min Yu

Haha! Ni la penangan Piala Suzuki AFF 2012. Geng Harimau tewas dengan Geng Gajah.0-2. Kelakar, malam ni permainan macam sengal sikit disebabkan pengadil daripada Korea tu la. Macam berat sebelah je dengan Thailand. Ye la mana tak nya pemain Malaysia bukan nya buat salah berat pon sampai nak bagi kad merah.


Ergh! Geram je tengok. Rasa nak hempok je pengadil tu. Habis je perlawanan, penuh maki hamun daripada penyokong Malaysia dekat FB dengan twitter. Haha! Lawak je dieorang. Geram nya pasal.


gambar bercerita

#twitterStory



*Weeee Ref lahir 14 september! Setiap tahun 14 september aku bakar setiap restoran tomyam yg ada -.-

*KalauAkuJumpaPengadilKoreaTu aku rendam muka dia mangkuk yang berisi tomyam.

*Dalam padang ade 3 bende yang mewakili binatang .. 1.Harimau (malaysia) 2.Gajah (thailand) 3.Bab1 (reff)



*Reff ni ada twitter tak? Dia belum tahu lagi budak2 Malaysia punya bash macam mana. Sign up twitter kalau berani! Lai!


*Muka depan surat khabar esok : *gambar reff* "LEE MIN YU MATI DITEMPAT KEJADIAN" HAHAHAHAHAHAHAHAHA ♥

#facebookStory

*Biodata Referee :
~Seorang guru BAHASA INGGERIS.
~Hobinya suka melancong.
huh ! APTB !!!

*"Mohon Badan Pencegah Rasuah geledah rumah referee yg handle game Thailand vs Malaysia ni. Sangsi betul dengan mutu pengadilan referee tersebut. tu la heboh dengan GANGNAM STYLE kau !

*tadi saya layang kad merah main2 je.. sbb bosan dah lama tak layang kad. tadi rasa mcm superhero. by:reff korea!

*Perlawanan Berakhir.Nampak muka pemain Malaysia hampa & sedih.Muka pemain thailand bangga dengan kemenangan.Muka pengadil tak ubah mcm TENUK

*lepas ni sume boikot tom yam ngn korea ... hahaha

Dalam maki hamun ni pon ada la juga yang bagi semangat. Bagus! Sokong sokong! ♥ :)

*TERBAIK LA WIRA MALAYSIA ! TAHNIAH MALAYSIA !

*Terimalah kekalahan kita sebentar tadi dengan redha. Segalanya adalah ketentuan Allah jua walaupun seperit mana kenyataan itu. Janganlah kita mendapat dosa dengan memaki hamun dan mengungkapkan kata2 yang dapat meraih dosa di sisi Allah SWT.

*Walaupun kalah ! Selamanya Harimau Malaya ♥

*Farizal , Fadhli , Aidil , Mahali , Bunyamin , Faizal , Safiq , Amar , Kuna , Alex , Khyril , Baddrol , Safee , Matyo .Pejuang Malaysia!!!

(ni lagi panjang)
*Tahniah kepada Pasukan Malaysia.. Rakan-rakan yang menonton siaran langsung ini pasti setuju dengan statement saya ini, " Malaysia telah bermain dengan bersungguh-sungguh " mereka dah cuba yang terbaek.. Berlari mengelilingi padang sepenuh hati.. Saya yakin dan percaya mereka sudah terlalu penat untuk mengabulkan harap
an kita semua.. Di tambah dengan tindakan pengadil yang berat sebelah pada separuh masa pertama.. Ayuh rakyat Malaysia, MEREKA TETAP JUARA KITA! sebab kita da saksikan separuh masa kedua tadi, bagaimana mereka amat bersungguh-sungguh untuk mencari gol bagi merapatkan jurang.. Bukan salah mereka, bukan salah Raja Gopal, bukan salah FAM atau pun sesiapa sahaja... Secara peribadi, julung kali nya saya melahirkan perasaan ini walaupun Malaysia tewas iaitu, " MALAYSIA TELAH BERJAYA " .. Mereka telah berjaya membuktikan kesungguhan yang sangat jelas kita lihat pada separuh masa kedua Malaysia vs Thailand.. Bertahan dan terus bertahan deng
an hanya 10 orang pemain daripada terus diaibkan.. Besar nya ujian kepada mereka yang memikul harapan mereka.. Tahniah pemain semua.. Seharusnya kita sambut mereka sebagai wira.. Sebelum perlawanan banyak dugaan yang mereka lalui.. Saya amat menghargai keringat mereka semua walaupun tewas.. Ayuh MALAYSIA! Ayuh RAKYAT MALAYSIA! kita tidak kalah! dan kita TIDAK KALAH! Semoga permainan Malaysia dapat dipertingkat kan lagi dan mudah-mudahan ada lagi kejayaan yang lebih manis lagi daripada ini... Insya Allah..saya yakin Malaysia boleh pergi jauh.. Kredit untuk Penjaga Gol Farizal Marlias, Mat Yo (Shahrul Idlan), Khairil Muhaimeen, Kunalan, Aidil, Mahalli Jasuli, atas permainan anda yang bersungguh-sungguh..Syabas kepada semua pemain atas kerjasama sepasukan anda.. Bagi saya, ANDA TETAP JUARA! kerana kesungguhan anda semua bermain memukau dan menukar persepsi saya di atas kekalahan anda.. SYABAS MALAYSIA.. saya tetap sokong MALAYSIA!


Haha. Apa-apa pon kita sebagai rakyat Malaysia kenalah sokong pemain Malaysia kan. Kalau tak kerana kita mereka tak kan bersemangat untuk bangkit menentang pemain lawan. Right! :)

Selamanya Harimau Malaya :) ♥