Alkisah yang sedih tapi.......... lucu....
Sebuah pertemuan yang mungkin dirancang di sebuah Restoran Masam-Masam Manis antara Meon, aku si menggelabah(a.s.m) dan Siti, si dia jelita(s.d.j).
a.s.m : " Assalammualaikum... hai, lame dah awak tunggu ? "
s.d.j : " Waalaikummussalam... tak de la. Lebih kurang 10 minit je. "
masing-masing 'toma'ninah' 10 saat.............
a.s.m : " Waiter ! (datang menghampiri mereka)
Awak nak minum ape ? "
s.d.j : " Carrot susu je "
a.s.m : " Makan ? Order je saya belanja.. awak bayar.. hee.. "
s.d.j : " Hee... tak pe. Saya tak lapar. Awak ?
a.s.m : " Kopi satu ye.. thank you... "
sementara menunggu pesanan... masing-masing berbual seketika...
En.Waiter : " Nah encik, carrot susu dan kopi. "
a.s.m : " Ok.. terima kasih... eh, encik waiter.. tolong bawakan saya garam. "
En.Waiter kelemumur seketika... :/ pelik dengan sikap anehnya yang meminta garam tanpa memesan sebarang makanan. Tetapi bukannya gula.
s.d.j : " Garam ? Kenapa garam ? bukan gula ke ? "
a.s.m : " hee.. teringat masa di kampung, atok dan nenek saya selalu buat kopi letak garam. tu yang terkenang kat mereka. Sekarang dah jadi minuman kesukaan saya. "
s.d.j : " oh begitu. lucu la awak ni. hee.. "
masih rahsia.....
3 tahun kemudian ......................................................... mereka ditakdirkan untuk bersama dan dikurniakan seorang anak bernama M.Shariff.
masih rahsia......
Setiap kali membuat kopi, Siti tidak lupa untuk meletakkan garam ke dalam minuman Meon. Sekarang, kopi bercampur garam itu sudah sebati dengan perutnya. Sehinggalah anaknya berumur 12 tahun.
masih rahsia.....
Akhirnya, Meon jatuh sakit dan meninggal dunia kerana darah tinggi yang berpunca daripada sikapnya sendiri yang suka berahsia.
Berapa bulan selepas itu,
semasa anaknya kebosanan tahap maksima di rumahnya, dia menyelongkar almari ibunya.. TIBA-TIBA, dia terlihat sepucuk surat bewarna biru yang menarik hatiya untuk membuka surat tersebut. Dia memberikan surat itu kepada ibunya lalu Siti membacanya..
"Kehadapan isteriku, Siti yang dicintai.
Siti,
pertama kali kita berjumpa di Restoran Masam-Masam Manis, aku melihat
kau sungguh cantik. Aku terpegun sehingga tidak mampu untuk berkata-kata.
Kali pertama aku melihat kau, hati aku terpikat. Bila kau membalas senyuman,
aku terkhayal seketika. Siti, ketiadaanku hari ini berpunca daripada sikapku yang
menggelabah sejak bertemu kau. Tatkala kau membaca surat ini, aku sudah tiada lagi. Ada satu rahsia yang selama ini aku simpan daripada pengetahuan kau. Sebenarnya, kopi + garam yang selama ini menjadi kegemaran aku, bukanlah minuman favouriteku. Aku hanya berpura-pura menyukainya hanya kerana tidak mahu mengecilkan hati kau. Aku mengatakan itu minuman kegemaranku kerana ingin menutup maluku yang hanya tersalah minta semasa di restoran. Permintaanku sebenarnya gula dan bukannya GARAM.
Siti,
aku minta maaf kerana selama ini aku berbohong kepadamu. Aku tidak menyalahkan kau kerana itu berpunca daripada diri aku sendiri yang suka berahsia. Maafkan aku Siti.
Akhir sekali,
ketahuilah Siti, bahawa kopi + garam itulah yang menyatukan cinta kita. "
Suamimu,
Meon.
Siti menangis dan menyimpan surat tersebut. Selepas itu tiada lagi rahsia...
Pada waktu petang tatkala minum kopi bersama anaknya, Shariff bertanya......
M.Shariff : " Ibu, apa rasa kopi campur garam tu ? "
Si ibu hanya tersenyum lalu menjawab...
s.d.j : " Manis, manis sangat........... "
TWIN : try buat nak? haha.. :D
No comments:
Post a Comment