CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 14, 2011

SELAMAT HARI IBU, MAK!!!!!


Tanggal 16 Januari 19....., lahirlah sepasang anak kembar perempuan dari perut mak yang telah mengandungkan selama 9 bulan. Bukan senang nak membawa 5kg dekat dalam perut. 

Mak yang telah mengajar aku mengaji, membaca, menulis dan mengira. Mak yang telah berkorban dalam banyak keadaan. Mak yang telah memberikan ku tempat tinggal, makanan dan pakaian. Yang telah mendidik aku sehingga aku remaja. 

Ye, remaja yang sedang meningkat dewasa. Yang akan mengambil alih untuk menjaga mak pula walaupun mak dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah... Setiap hari mak lah yang akan masak makanan untuk kami sekeluarga. Mak juga lah yang membuat kerja dirumah, tetapi aku juga membantu. Wajib membantu....

Mak jugalah yang setiap hari memberikan ku nasihat supaya belajar bersungguh-sungguh, Walaupun perkataan yang sama hanya aku dengar setiap hari. Tetapi itulah kata-kata semangat untuk aku terus belajar, belajar dan terus belajar. Mungkin kita akan menganggap ia sebagai leteran tetapi aku menganggapnya sebagai nasihat yang tidak akan aku lupa sehingga akhir hayat aku.

MAK SELAMAT HARI IBU!!! TERIMA KASIIH KERANA TELAH MELAHIRKAN KAMI, MENJAGA KAMI, DAN MEMBESARKAN KAMI!!! KAMI SAYANG MAK!!! 

Kami minta maaf jika kami ade melakukan dosa, terkasar bahasa, terlanjur kata, atau terkecilkan hati mak!!!
Maafkan kami!!! SEMOGA MAK PANJANG UMUR, DIMURAHKAN REZEKI, DAN SENTIASA SIHAT.

Dan doakan semoga KAMI BERJAYA!!!
Walaupun post ni lambat ditulis tetapi ingatlah kawan-kawan SETIAP HARI ADALAH HARI IBU!!!

No comments: