CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 17, 2011

Mi Bandung

Selepas beberapa bulan Shaari mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya,Ratna didapati hamil.

Shaari tak mahu rumah tangganya hancur. Dia mengambil keputusan menghantar Ratna balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana. Shaari berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehinggalah berusia 18 tahun.

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Shaari menyuruh Ratna menghantar sekeping poskad menulis perkataan "Mi Bandung" setelah bayi mereka lahir nanti.

Poskad itu bagi memaklumkan Shaari supaya menghatar segala urusan perbelanjaan untuk anaknya.

Satu hari, setelah 9 bulan berlalu, semasa Shaari pulang dari kerja, isterinya Salina menegur dengan muka mencuka.

"Bang, abang dapat poskad pelik la hari ni," beritahu Salina dengan dahi berkerut-kerut.

"Oh tak pe, bagi poskad tu kat abang. Nanti abang cek dulu. Apa ke benda yang pelik tu!," kata Shaari.

Salina pu memberikan poskad kepada suaminya. Shaari terus membaca poskad tersebut serta-merta wajahnya bertukar biru ungu dan terus pengsan. Poskad itu berbunyi : " Mi Bandung, Mi Bandung, Mi Bandung, Mi Bandung - dua ada telur, dua tiada telur. Tolong hantar kuah lebih ye!".

No comments: