Pada suatu senja, tiga orang nenek berkumpul. Masing-masing seronok bercerita tentang perihal diri yang sudah nyanyuk.
Nenek A : Umur aku dah 60 tahun. Sekarang ini aku dah mula nyanyuk. Kadang kala aku terlupa kat mana kita bersembang ni? Dekat tangga rumah ke dekat beranda?
Nenek B : Aku lagilah... kalau dah naik tangga, selepas itu aku jumpa tangga tu balik. Aku kena fikir lama. Sebenarnya aku ni nak naik tangga ke nak turun...
Nenek C : Apalah... Kamu ini muda-muda lagi dah nyanyuk! Tengok aku ni, umur dah 90 lebih. Masih steady, otak fresh lagi. Boleh baca majalah, tak nyanyuk pun!
Semasa berbual-bual, Nenek C ketawa mengekek-ngekek sambil mengetuk meja sebab terlalu geli hati. Tak lama kemudian Nenek C terdiam melihat keadaan sekeliling sambil berkata : "Eh, siapa pulak yang ketuk pintu rumah tadi?"
No comments:
Post a Comment