CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 28, 2011

Cerita lucu

 Wanita yang sengal!

Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah
bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya
menyambutnya.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...

Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi...

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku....

Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!

Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu...

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu.
Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...

Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi...

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Perancis : Tidur dengan aku...

Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!

Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu...

Lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang
dapat menangkap wanita itu. Wanita itu mula ketakutan dan berharap,
jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa
tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu
berkata-kata...

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas
jasa, saya akan tidur dengan anda.

Lelaki Arab : Astaghfirullah..
(lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)

TWIN : "haha... kurang akal betul wanitu tu.. :P "




Burung kakak tua. 

Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan.

Isteri : "Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?"

Suami : "Ooo.. awak nak tau ye??

Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya... secara spontan burung
kakak tua itu menyanyi Lagu Pop... Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula...

Isteri : "Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?"

Suami : "Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!"

Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah
tangannya dan terdengarlah...

Burung Kakak Tua : "SATU-SATU LAH... BODOH!!!"

Sunday, March 20, 2011

teka-teki





Dekat pokok kelapa ni kan, ape benda yang tak boleh dimakan ?


Saturday, March 19, 2011

Its just a love story :D



She's the girl that has a few best friends and doesn't need any more, the girl that laughs the hardest at her own jokes. She's the girl that will hang up on you, but then call you right back & say sorry. She's the girl who will never leave your side when you need her, the girl who will go out of her way to cheer you up. She's the girl who never sleeps without her teddy bear by her side, she's the girl who says she isn't ticklish, but really is. She's the girl who will not give up on you if she really believes in you. She's the girl who believes in loving somebody forever. She's the girl who loves someone not just because of appearance . So , dont judge her because you not love her . Until the end , friendship will always better :)




Nothing speacial on this entry . Thank you :)
This entry dedicated to : Erra Nazira :)
Own's the blog ; The Twins :D



Till then , chawls :D

Artikel dari Harian Kosmo

BEIJING - Seorang budak lelaki berusia empat tahun, Li Shenghan dari Shenyang, timur laut China menghidap penyakit kanser yang ganjil dikenali sebagai acute manocytic leukemia dengan menyebabkan kulit badannya seperti cangkerang, lapor sebuah akhbar.




Pada mulanya keluarganya mengesan terdapat bintik kecil di lengannya setahun lalu tetapi ia kemudian disilap diagnosis sebagai gigitan serangga.

Bintik kecil itu terus membesar dan merebak ke seluruh tubuhnya termasuk di dalam mulut dan di bawah kelopak mata menyebabkan dia kelihatan seperti terumbu karang hidup.

Doktor-doktor berkata, budak tersebut memerlukan rawatan kemoterapi untuk menghalang kanser tersebut merebak ke tulang sumsum.

Namun, ibunya, Mu Xiaojie dan bapa budak itu, Li Wenrui yang memperoleh pendapatan kurang 1,061 yuan (RM490.76) seminggu tidak mampu untuk membiayai rawatan perubatan.

Ibu dan bapanya juga tidak mempunyai simpanan wang selepas ia digunakan untuk membiayai rawatan anak mereka setahun lalu.

Menurut ibunya, doktor-doktor mengesyaki penyakit itu disebabkan pencemaran atau alam sekitar.

Walaupun budak itu menjalani pemindahan tulang sumsum dan rawatan kemoterapi untuk mengubati penyakitnya, doktor-doktor memberinya peluang 50-50 untuk budak tersebut terus hidup.

TWIN : kesian die kan ... :(

Thursday, March 17, 2011

macam-macam le...

Cerita pertama.

Marah isteri bakar rumah.

Si suami sedang sib0k membakar ............ tiba-tiba si isteri menyimbah air ke suaminya.

Pak Atan : " Ngape awak ni Kiah ? saya nak bakor ubat nyamuk je, yang kome ngajak mandi ni apahal ? "

Kiah terkejut lalu berkata dalam hati... " Alamak, ingatkan dia nak bakor rumah ni tadi... hee.. "

Cerita kedua.

My teksi.

Penumpang : " Ini jalan highway maa.. lu kasi speed la. Ini macam slow wa boleh tido ooiii. Apa takut, sini  talak jem. "

En.Teksi : " Saya punya teksi mana boleh bawak laju. Lainlah kalau awak ade RM300. "

Penumpang : " Apa lu mau bikin dengan itu wang ? Mau taruk turbo ka ? "

En.Teksi : " Mana ada, saya mau bayar speed trap laa.... hahaha... "

Penumpang : Errkkkk......

Cerita ketiga.

Tok oh tok

Atok : " Hahaha... bertuah sungguh aku, mengorat awek dapat hadiah. "

Cucu : " Buka le hadiah tu tok. Kita tengok ape barang die beri. "

Atok : " Hah tengok, die hadiahkan atok cermin. Maknenye setiap kali atok tengok cermin ni mesti teringatkan die. hee... "

Perasan betol atok aku ni, umur dah separuh abad. ermm.. sebenarnye die suruh atok aku ni cermin diri dulu sebelom mengorat die...(dalam hati)

Cerita keempat.

Sarip 'si pelakon'.

Usop : " Cepat balik hari ni Sarip. Selalunya dekat subuh baru nampak batang hidung kau ni. "

Sarip : " Hari ni aku nak berlatih berlakon. Aku akan memegang watak seorang pengawal keselamatan yang kuat tidur dalam sebuah filem seram. "

Usop : "  Aku ingat tak payah la kau bersusah payah berlatih melakonkan watak pengawal keselamatan yang kuat tidur. Tak mencabar langsung watak tu bagi kau! Kacang je... "

Sarip tertidur di atas sofa lantas air liur nya pun tertumpah dengan tidak disengajakan...

Usop : " Betul tak Sarip ? Laa.. dah tidur rupanye. Memang sesuai sangat kau pegang watak pengawal keselamatan yang kuat tidur tu Sarip oi... "

Cerita kelima.

Facebook.

John : "Kelebihan laman sosial macam facebook ialah kita boleh jejaki sahabat lama kita yang menghilangkan diri. "

Dee : " Termasuklah orang yang buat pinjaman, mudah dijejaki bile dah lama menghilankan diri. kan... kan... kan... "

John : (Halamak!) 

Sekian ...


Semanis kopi MASIN !

Alkisah yang sedih tapi.......... lucu....

Sebuah pertemuan yang mungkin dirancang di sebuah Restoran Masam-Masam Manis antara Meon, aku si menggelabah(a.s.m) dan Siti, si dia jelita(s.d.j).

a.s.m : " Assalammualaikum... hai, lame dah awak tunggu ? "
s.d.j : " Waalaikummussalam... tak de la. Lebih kurang 10 minit je. "

masing-masing 'toma'ninah' 10 saat.............

a.s.m : " Waiter ! (datang menghampiri mereka) 
             Awak nak minum ape ? "
s.d.j : " Carrot susu je "
a.s.m : " Makan ? Order je saya belanja.. awak bayar.. hee.. "
s.d.j : " Hee... tak pe. Saya tak lapar. Awak ?
a.s.m : " Kopi satu ye.. thank you... "

sementara menunggu pesanan... masing-masing berbual seketika...

En.Waiter : " Nah encik, carrot susu dan kopi. "
a.s.m : " Ok.. terima kasih... eh, encik waiter.. tolong bawakan saya garam. "

En.Waiter kelemumur seketika... :/ pelik dengan sikap anehnya yang meminta garam tanpa memesan sebarang makanan. Tetapi bukannya gula.

s.d.j : " Garam ? Kenapa garam ? bukan gula ke ? "
a.s.m : " hee.. teringat masa di kampung, atok dan nenek saya selalu buat kopi letak garam. tu yang terkenang kat mereka. Sekarang dah jadi minuman kesukaan saya. "
s.d.j : " oh begitu. lucu la awak ni. hee.. "

masih rahsia.....
3 tahun kemudian .........................................................  mereka ditakdirkan untuk bersama dan dikurniakan seorang anak bernama M.Shariff.

masih rahsia......

Setiap kali membuat kopi, Siti tidak lupa untuk meletakkan garam ke dalam minuman Meon. Sekarang, kopi bercampur garam itu sudah sebati dengan perutnya. Sehinggalah anaknya berumur 12 tahun.

masih rahsia.....

Akhirnya, Meon jatuh sakit dan meninggal dunia kerana darah tinggi yang berpunca daripada sikapnya sendiri yang suka berahsia.

Berapa bulan selepas itu,
semasa anaknya kebosanan tahap maksima di rumahnya, dia menyelongkar almari ibunya.. TIBA-TIBA, dia terlihat sepucuk surat bewarna biru yang menarik hatiya untuk membuka surat tersebut. Dia memberikan surat itu kepada ibunya lalu Siti membacanya..

"Kehadapan isteriku, Siti yang dicintai.

Siti, 
pertama kali kita berjumpa di Restoran Masam-Masam Manis, aku melihat 
kau sungguh cantik. Aku terpegun sehingga tidak mampu untuk berkata-kata.
Kali pertama aku melihat kau, hati aku terpikat. Bila kau membalas senyuman,
aku terkhayal seketika. Siti, ketiadaanku hari ini berpunca daripada sikapku yang
menggelabah sejak bertemu kau. Tatkala kau membaca surat ini, aku sudah tiada lagi. Ada satu rahsia yang selama ini aku simpan daripada pengetahuan kau. Sebenarnya, kopi + garam yang selama ini menjadi kegemaran aku, bukanlah minuman favouriteku. Aku hanya berpura-pura menyukainya hanya kerana tidak mahu mengecilkan hati kau. Aku mengatakan itu minuman kegemaranku kerana ingin menutup maluku yang hanya tersalah minta semasa di restoran. Permintaanku sebenarnya gula dan bukannya GARAM. 

Siti,
aku minta maaf kerana selama ini aku berbohong kepadamu. Aku tidak menyalahkan kau kerana itu berpunca daripada diri aku sendiri yang suka berahsia. Maafkan aku Siti.

Akhir sekali,
ketahuilah Siti, bahawa kopi + garam itulah yang menyatukan cinta kita. "
Suamimu,
 Meon.

Siti menangis dan menyimpan surat tersebut. Selepas itu tiada lagi rahsia...
Pada waktu petang tatkala minum kopi bersama anaknya, Shariff bertanya......

M.Shariff : " Ibu, apa rasa kopi campur garam tu ? "

Si ibu hanya tersenyum lalu menjawab...

s.d.j : " Manis, manis sangat........... "

TWIN : try buat nak? haha.. :D


persoalan !

Loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur?

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."

Loghat Utara (Kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (Kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."


KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah! 
TWIN : hahaahahahh.... :D  jangan marah ye orang utara...

dua tiga empat.....TUJUH ?

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama,
“Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga,
“Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

TWIN : ayah kerja kat mane eh ? hee.. :D

fikirkanlah !

"NERAKA tempat orang yang berdosa,

terasa berdosa jangan berputus asa...

Bertaubat, berdoa juga berusaha demi SYURGA,

nikmatnya tidak terhingga.... "

Wednesday, March 16, 2011

Bencinta !

" Cintailah kekasihmu sekadarnya sahaja,
kerana boleh jadi dia akan menjadi orang yang kamu benci suatu ketika nanti... "

" Bencilah orang sekadarnya sahaja,
kerana boleh jadi dia akan menjadi kekasihmu suatu ketika nanti... "

TWIN : setuju ke ?

5 minit lagi ?

kamu : "kau rase kite kawan sampai bile eh ?"

dia : "sampai mati."

kamu : "kenapa lak kau cakap cam tu ?"

dia : "sebab aku SAYANG KAU."
 
kamu : "kau rase la kan jarak mase kite berkawan berapa lame eh ?"

dia : "5 minit lagi kot.. haha.. "

dia tergelak tapi kamu terdiam lalu bertanya lagi..............

kamu : "apa yang kau cakap ni ? 5 minit ? kate sampai mati ?"

lalu si dia hanya tersenyum. lepas 5 minit kamu pun melintas, hampir-hampir dilanggar kereta tapi di selamatkan oleh si dia.. benar kata orang tua-tua bila hayat hampir tamat, kita dapat merasakannya...
lalu si dia berkata..

dia : "aku tepati janji aku. kita berkawan sampai aku mati."

lalu si dia tersenyum gembira... akhirnya si dia menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan kamu... kamu hanya mampu menangis... T_T

p/s : hargailah kawan-kawan yang kamu sayang...
mereka takkan kekal selamanya di sisi kita... :D

ada apa dengan 26 ?

26 Disember 2004.....TSUNAMI DI ACEH!
26 Mei 2006.....GEMPA DI JOGJA!
26 Jun 2009.....GEMPA DI TASIK MALAYA!
26 Oktober 2010.....TSUNAMI DI MENTAWAI!
26 Oktober 2010.....MERAPI INDONESIA MELETUS!

Ternyata dalam Al-Quran Surah ke-26 (Asy-syu'ara) yang di dalamnya TENTANG AZAB ALLAH!!!

SANGKUP TAK KAMU?

Satu hari kamu jumpa semula lepas lima tahun berpisah dengan kawan kamu. Kamu habiskan masa seharian borak-borak dekat billik kamu. Sampai pukul 12 malam. Tiba-tiba telefon rumah kamu berbunyi, kamu pergi turun ke bawah nak jawab telefon tu dan kamu janji dengan dia yang kamu akan datang semula jumpa dia dekat bilik kamu , member kamu yang call. Kawan kamu bagitau yang dia dah meninggal dunia sebab kemalangan pagi tadi. Sanggup tak kamu naik semula ke bilik kamu macam apa yang kamu janji tadi ? Sanggup tak kamu naik semula jumpa dia ???????

hee :D

Saturday, March 12, 2011

FUNNY & STYLO VIDEO

Adab-adab Menuntut Ilmu... : )

1.Niat yang ikhlas

 Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]

2.Beradab dengan orang yang memberi ilmu

Imam Syafie pernah bekata:
"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Kitab Majmuk, Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]


3.Bersabar dalam menuntut ilmu

Imam Syafie pernah berkata:
"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s: 237

4. Tulis setiap yang dipelajari

Abu Hurairah berkata: 
"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]

5.Rendah diri

Imam Ahmad bin Hambal berkata:
"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s 274]

6.Menjahui dari kenyang yang berlebihan

Ibn Jama'ah berkata:
"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi wa Adab Talabihi, m/s 222]

7.Tidur yang sedikit

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18

8.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." [HR Bukhari dan Muslim]



*_*

" Kejayaan Itu Diperoleh Dari Orang Yang Mencarinya"

AYAH!!!



'Kadangkala selain ibu yang banyak berkorban, ayah juga memberikan banyak pengorbanan demi melihat anak-anaknya membesar dan berjaya. Hargailah jasa mereka'

'Pengorbananmu di sanjung tinggi'



'SAYANGILAH IBU KITA.JANGANLAH MELAWAN KATA-KATANYA. SESUNGGUHNYA SYURGA ITU TERLETAK DI TELAPAK KAKI IBU'

ERTI SAHABAT... : D