CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 28, 2012

Inilah testimoni saya.., S.A.P VENTURE., ^_^

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalammualaikum.

Saya baru saja berdaftar dengan S.A.P Venture. Ahli baru ni.., hehe.., :D erm lebih kurang dalam 3 hari. Mula-mula saya tak tahu nak buat macam mana dengan perisian ni. Asyik-asyik buka akaun S.A.P ni sebab nak tengok income dah masuk ke belum. Punyalah saya tak sabar nak tunggu income masuk. Selepas itu saya banyak bertanya kepada sponsor dan rakan-rakan yang telah berjaya setelah menyertai S.A.P Venture ni tentang kegunaan dan manfaat perisian ni....,

Alhamdulillah walaupun baru 4 hari berdaftar dan dengan nasihat mereka agar hanya promosikan link saya sahaja iaitu  http://rm20.ibct.my/1496  saya telah dapat income sebanyak RM4.00 dalam masa tersebut. Walaupun tidak banyak tetapi saya percaya yang S.A.P Venture ni dapat memberi pulangan yang berbaloi buat saya suatu hari nanti. 

Walaupun yang pada mulanya saya ragu-ragu sangat dengan perisian ni. Ya lah sekarang ni kan banyak penipuan dan penyelewengan duit telah berlaku melalui perniagaan internet ni kan. Tetapi selepas kredit saya bertambah daripada RM0.00 kepada RM4.00....,


saya bertambah yakin malah semakin berani untuk mempromosikan kepada rakan-rakan yang lain. Mereka ada yang berminat dan alhamdulillah sudah ada seorang downline.


Oleh itu saya berharap agar sifu-sifu yang telah berjaya dapat membantu saya dalam memperhebatkan lagi perisian yang saya sertai ini. Terima kasih juga kepada yang telah membantu saya. Saya harap sangat-sangat semoga S.A.P Venture ni adalah salah satu perniagaan yang halal, benar, tiada penyelewengan dan berterusan sehingga berjaya. S.A.P VENTURE HEBAT ! Semoga kita sama-sama berjaya ya. ;) winking


akak : terbaikkk!!! Insya-Allah.., ^_^

Friday, August 24, 2012

Kampung oh kampung.., penuh nostalgia..,

Bismillahhirrahmannirrahim..,
Assalammualaikum..,

Hari tu balik kampung, pergi beraye kan, mestilah. Mase pergi beraye rumah pak ndak belah ayah, beliau ade tunjukkan gambar arwah atok & nenek. Rindu dengan mereka. Walaupun hanya sempat tengok arwah atok je mase kecik. Kami tak sempat tengok arwah nenek sebab belum sempat keluar ke dunia ni lagi.., hehehe..., ^_^

Walaupun hanya sekeping gambar tapi gambar lah yang mengingatkan kita pada setiap nostalgia-nostalgia yang berlaku dalam hidup ni. KENANGAN YANG TAK DAPAT DILUPAKAN.

Mase tu dekat rumah pak ndak.., 

angah, ateh & kak awa seronok lagi beronok-ronok cerita pasal nostalgia-nostalgia masa dekat kampung. Memang seronok lah dengar cerita dia orang. Mase tu kami kecik lagi. Bak kata orang budak berhingus lagi (tapi x de ye, hehe.., )

Kalaulah masa ni boleh diputar semula, memang SERONOOOOOOOOKKKKKKK SANGAAAAAATTTTTTT duduk dekat kampung!!!!!!

Harap la nostalgia-nostalgia masa dekat kampung tak dilupakan. DAN! JANGAN DILUPAKAN! pesanan ikhlas dari saya.., hehehe.., ^_^


akak : 
kenangan manis yang sentiasa tersemat dalam sisa-sisa hidup ini.., ^_^


Monday, August 6, 2012

Untuk siapa ???

UNTUK DIA


Kalau nak dengar lagu ni, pause kan dulu lagu blog ni ye. tQ :)


Lirik lagu Untuk Dia - SleeQ Ft Najwa

[Sleeq]
Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Dia penuh gaya, semuapun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila

Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
Oh lupa bilang gadis ni KL
Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

[Najwa Latif]
Engkau Punya Gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku
Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja

Bertemu di MukaBuku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu

Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya

[Sleeq]
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

[Najwa Latif]
Jadi engkau yang patut, yang patut
Memberiku segala
Kerna engkau mampu, ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk aku (okay)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku (untuk kamu)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku 


their cute :)
sleeq dan najwa latif


*Kereta tu ? Dia pinjam saya punya . Jangan jeles!
Untuk aku! Hee...

adik :)

Ramadhan di hati

Assalammualaikum,

Hayatilah!




الله اكبرAllah u Akbar
Allah Maha Besar

اشهد ان لا اله الا الله
Ash-hadu allā  ilāha illallāh
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah

اشهد ان محمدا رسول الله
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah

حي على الصلاة
Hayya 'alas-salāt
Marilah menunaikan solat

حي على الفلاحHayya 'alal-falāhMarilah merebut kemenangan




الله اكبر
Allāhu akbar
Allah Maha Besar

لا اله الا اللهLā ilāha illallāhTiada Tuhan selain Allah

Doa senjata orang mukmin!
Doa selepas azan 

اللهم رب هذه الدعوة التامة والصلاة القائمة

Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan,

آت محمداً الوسيلة و الفضيلة
Datangkanlah Nabi Muhammad (kepadaku) sebagai penghubung (kepada Allah) dan keutamaan (bagiku),


وابعثه مقاماً محموداً الذي وعدته
Serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya.

Doa berbuka puasa.


allahumma laka sumtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Maksudnya, "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang." 

Ibn Umar berkata, Nabi saw. ketika telah berbuka puasa mengucapkan,


Zahabaz zama'u wab tal latil 'u ruu qu wa sa batal ajru InsyaAllah.
Maksudya, "Telah hilang dahaga dan telah basah urat-urat dan telah tetap pahala, insya Allah." (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud #2357, Al-Daaraquthni #25, Ibn Hajar dalam al-Talhis al-Habiir (2/202)] Al-Daaraquthni mengatakan bahawa
 hadis ini hasan)
*Kedua-dua doa boleh diamalkan. 


Jom makan! Jangan jadi macam budak comey ni udah la ye. :D


"Selamat  berpuasa dan selamat berbuka puasa kepada semua umat Islam.
Puasa, jangan tak puasa! Makan tu beringat dan jangan membazir. Bersyukur dengan apa yang kita ada,   jangan  merungut tau. Cuba fikir orang Palestin tu, kita mati kekenyangan, mereka ? mati kelaparan. Nauzubillah! T_T"

adik :)

Friday, August 3, 2012

KERNA AKU JUGA SEPERTIMU.., ^_^

Bismillahhirrahmannirrahhim..,
Assalammualaikum..,

Hari ni ada kelas seperti biasa. Tingkatan enam. Ye aku masuk form six.., hahaha.., : D macam tak percaya je aku sekarang ni aku amik form six. Emm saje je nak cakap pasal tu.., ^_^

Sebenarnya tadi masa tengah tak de kerja tu Kak Salwa ada tunjuk dekat aku satu puisi ~rasanya la~ ^_^ dia amik dekat laman web http://www.iluvislam.com.., 

Tajuk dia nampak je biase-biase tapi cuba hayati isi kandungannya yang penuh makna tersirat iaitu tentang si dia sahabat..,

Tajuknya ialah 
"KERNA AKU JUGA SEPERTIMU"

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." (Surah az-Zukhruf, ayat 67)
Teman,
Aku bukan sahabat sebaik yang kau sangka,
Aku bukan sahabat yang mampu berdiri sendiri untuk menasihati kamu,
Aku juga bukan sahabat yang selalu teguh imannya,
Malah, aku juga bukan sahabat yang selalu bersih hatinya.
Kerna,
Aku juga remaja sepertimu, sahabat,
Di saat gelora cinta dunia membuak-buak...
Kerna,
Aku juga manusia, sahabat,
Yang selalu ada naik turun imannya.
Kerna,
aku juga insan, sahabat,
Yang selalu lupa saat diri dibuai cinta dunia.
Kerna,
Kalian tidak tahu keadaan hatiku ini,
Sekiranya kalian tahu,
Mungkin kalian akan berasa jijik dengan hatiku yang penuh dosa ini.
Memang benar,
Diri ini selalu menasihati kalian,
Diri ini selalu mengingatkan kalian...
Tetapi,
Adakah kalian tahu,
Segala nasihat yang aku berikan itu,
Bertujuan untuk mengingatkan diri ini jua,
Bertujuan agar bila aku lupa,
Kalian bisa mengingatkan aku kembali.
Untuk mengingatkan agar diingatkan,
Bukankah itu tujuan sebenar kita bersahabat?
Untuk kita saling ingat mengingati?
Atas dasar iman dan taqwa?
Aku tidak mahu di Hari Akhirat nanti,
Kita berbalah dan menjadi musuh,
Kerana tidak mengingatkan antara satu sama lain.
Aku juga perlu bimbingan, wahai sahabat.
Aku juga perlu dinasihati, wahai sahabat.
Hilal Asyraf berkata, "Kalau benar bersahabat biar berpimpin tangan merentas Syurga, bukan menjadi pengkhianat melempar sahabat ke neraka. Maka, jadilah pelindung yang melindungi sahabatnya daripada azab Neraka."
Err, sudikah kiranya sudi berpimpin tangan denganku ...menuju Jannah-Nya?
akak:
sudikah kau jadi sahabat aku dunia dan akhirat?