CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 29, 2012

Cinta Suci Cinta Nan Abadi.

"Jika awak tanya mengenai cinta saya, cinta saya hanya untuk Allah buat masa ini. Saya belum terfikir untuk memberi kasih sayang pada makhluk yang bergelar insan lagi melainkan jika jodoh saya sudah betul-betul sampai. Maafkan saya awak. Saya belum bersedia untuk bercinta. Saya harap awak faham."  -Nur Qistina-


Kata-kata itulah yang disampaikan oleh Nur Qistina kepada seorang insan yang bergelar lelaki suatu masa dahulu, Muhammad Uwais. Lelaki yang sudah lama menaruh perasaan terhadap dirinya. Tetapi iman mereka sangat kuat kerana mereka saling mempercayai bahawa cinta kepada Yang Maha Esa itu adalah yang paling penting dan paling suci. Mereka bertarung dengan iman mereka agar tidak tersasar ke jalan yang terpesong. Sehinggalah suatu hari..,

"Pakcik, makcik izinkan saya untuk melamar Nur Qistina menjadi ibu kepada anak-anak yang sah", kata Muhammad Uwais kepada ibu dan bapa Nur Qistina. "Adakah kamu betul-betul menyayangi dan mencintai anak kami kerana Allah? Bukan kerana paras rupa dan juga nafsu wahai Muhammad Uwais," kata bapa Nur Qistina. "Ye pakcik, makcik saya menyayangi dan mencintai dia kerana Allah," kata Muhammad Uwais.


"Begitu bersungguh-sungguh Uwais ingin melamar diriku ini suatu masa dahulu. Aku menerimanya dengan hati yang terbuka. Aku bersyukur pada Allah kerana telah menetapkan jodohku dengan insan yang sangat suci hatinya. Solat istikharah yang ku lakukan selama ini telah diberikan petunjuk oleh Allah. Aku tidak menyangka selama lima tahun dia sanggup menunggu diriku ini sehinggalah dia sendiri yang bertemu dengan ibu bapaku menyatakan hasratnya untuk memperisterikan aku. Alhamdulillah," monolog Qistina di dalam hatinya. Dikala dia sedang mengelamun tiba-tiba terdengar satu lagu yang pernah diberikan oleh Uwais dahulu di MP3 nya...,

MISK - Jodoh dan Takdir 


Aku tersenyum sendirian memikirkannya kembali.

Lima tahun sebelum Uwais melamarku..,
Pertama kali bertemu dengannya secara tidak sengaja dia hanya memandang aku dan cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya. Aku juga begitu. Beristighfar aku di dalam hati. Sejak dari itu aku pun tidak tahu kenapa kami kerap bertembung antara satu sama lain ketika aku dan dia keluar bersama rakan masing-masing. Hati ku terdetik adakah si dia jodoh ku? Ya Allah berikan lah hambamu ini petunjuk mu Ya Rabbi. 

Aku terus menceritakan hal ini kepada ibuku. Ibu hanya memandang dan memberitahuku semasa kami sedang berbual..,

"Lakukanlah solah istikharah wahai anakku, sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar permintaan hamba-hambanya," pesan ibu kepada aku dengan penuh kasih sayang. 

Pilihan di tanganku sekarang ini kata ibuku kerana aku sudah dewasa untuk memikirkan soal jodoh ini. Tiba-tiba aku teringatkan satu lagu yang menjadi pilihan aku selama ini. Aku tersentuh dengan bait-bait lirik lagu ini. Sungguh menyentuh hati dan perasaan ku ini sebagai seorang wanita..,

SIGMA - Istikharah Cinta

"Assalammualaikum sayang.., jauh termenung, rindukan abang ke? Ke dah tidak sabar nak tunggu buah hati kembar awak ni keluar?," usik Uwais yang kini telah menjadi suami ku yang sah. Dia tersenyum dan terlihat lesung pipit di pipinya, itulah yang membuat hati wanitaku ini cair bila memandangnya sambil tangannya memegang perutku yang ada si kembar buah hati kami ini.

"Waalaikummussalam abang, mestilah rindu dengan abang. Anak kita ni pun rindu nak dengar suara ayahnya berbual dengannya," balasku sambil membalas senyuman suamiku ini dan terus menyalamnya. Terus aku menerima satu kucupan kasih dan sayang di dahiku dari suamiku yang tercinta.

Aku berdoa agar dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah dan berharap mahligai rumah tangga kami ini berbahagia dan disinari sinar rahmat-Mu Ya Allah hingga ke syurga Firdausi. Insya-Allah.

~Sekian. wassalam~


"mencoret  apa yang terbuku di jiwa hanya sekadar suka-suka.., ^_^ "
~akak~

Friday, July 20, 2012

Keputusan oh keputusan!


Assalammualaikum,

Me!




Korang pernah ada masalah ? Mustahil tak! 
Emm, dalam hidup kita ni kan manalah ada perkara yang kita tak patut buat keputusan. Semua benda yang kita kena buat semua kena ada keputusan. Lecehhhh betul laaaa! Kadang sesetengah orang tak mampu nak buat keputusan sendiri. Macam-macam jenis manusia ada. Ada yang terer buat keputusan sendiri, ada yang kena minta tolong orang lain dan ada juga yang mampu selesaikan masalah tanpa buat keputusan apa-apa. Macam mana tuu ? Haha! Ignore it! Nak buat keputusan ni bukannya senang, nak nak lagi keputusan yang betul-betul memaksa kita buat time tu juga. Ergh! Menyusahkan betul! Kadang-kadang diri kita ni tak mampu nak selesaikan sorang-sorang, so jalan yang terbaik adalah dengan minta pendapat orang lain yang betul-betul ikhlas nak tolong kita selesaikan masalah. Betul tak ? Itulah, kadang-kadang kita kena jadi orang yang sentiasa mendengar masalah orang lain, kadang-kadang kita pula yang bercerita tentang masalah kita. Itu pun kalau nak cerita la. Aku taknak! XD. Cara aku, aku lebih suka mendengar daripada bercerita. So, sesiapa  je lah yang nak bercerita tentang masalah ataupun apa-apa je. Cerita je lah. Aku sanggup mendengar! :) Insya-Allah, mana dapat aku tolong, aku tolong. Sebab aku ada ramai kawan yang sangat suka bercerita, aku suka dengar tapi jarang sangat aku jumpa kawan yang suka dengar cerita aku. Haha! Tak best pon cerita aku, takyah dengar. Abaikan! :D So, moral of my story is kita kenalah jadi orang yang betul-betul nak tolong orang lain. Betulkan niat kita dulu, tu yang penting! baru ikhlas tu nak datang. Then, ikhlaskan hati. Tak ikhlas buat apa, baik jangan tolong kalau macam tu!  Am I right ? Kita tak semestinya dengar je masalah seseorang tu but daripada masalah seseorang tu juga kita boleh belajar untuk memperbetulkan dan muhasabah diri kita yang banyak kekurangan ni supaya menjadi lebih baik dan senang untuk kita mengatur langkah yang seterusnya serta menjadikan hidup kita ni lebih sistemetik dan terus berjaya!!! Chaiyokk!!! :D

"You will be rewarded for being a good listener, but you should never ask!"


smile always... :D
adik

"Aku bukan si pencerita,
aku pendengar yang setia!" :)


Tuesday, July 10, 2012

Kesilapanku menjadi pengajaran

"Assalammualaikum,

vs 

Emm, hari demi hari aku rasa macam banyak sabagat perkara yang patut aku belajar. Bukan tentang pelajaran sahaja, tetapi makna kahidupan yang sebenar. Kadang-kadang manusia ni memang ada je salah nya. Tipu la tu tak salah. ;D Tapi kita sebagai manusia mestilah muhasabah diri ni hah yang belum cukup bekalan yang dibawa ke sana nanti. Sebenarnya, kadang-kadang hampir setiap hari aku takut menghadapi hari esok, esok dan esoknya. Bukan apa, sebagai manusia memang setiap kali ditimpa 'exam' daripada Allah kan. Tapi Alhamdulillah, setakat ni aku mampu untuk tempoh segala 'exam' yang datang asalkan kita sabar! Sabar mampu mengatasi segalanya coz sabar itu indah! Right ??? ;D Emm, hari ni aku dapat belajar lagi satu pengajaran hidup iaitu belajar daripada kesilapan. Memang kita anggap perkara ni simple but sesetengah perkara je yang mampu kita ingat kesilapan kita sampai tertusuk la dekat hati ni hah! ;)  Memang kalau kita buat salah, kita perlu belajar daripada kesalahan tu, tapi kadang-kadang tak semua tu. Betul tak ? Kadang-kadang ada perkara yang perlu kita luahkan kadang ada yang perlu kita simpan. Bukan nak seksakan diri sendiri. No! But selagi kita boleh simpan, kita simpan. K! :) Emm, anyway terima kasih sangat-sangat kepada insan-insan tersayang yang mampu dan terus menerus memberi aku semangat dan kekuatan tak kira la dalam apa-apa keadaan pon! Aku terharu dan bangga sangat-sangat dengan adanya you all dan hanya Allah je yang mampu membalas segalanya. Thanks a lot!"

dan Insya-Allah, ini yang aku akan buat setiap detik kehidupan aku! ;D 


smile always... :D
adik