CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label info *. Show all posts
Showing posts with label info *. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

Doa Menghindari Sihir Dan Ilmu Hitam

Assalammualaikum, 


Surah Yunus

10:81
Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.
10:82
"Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun
yang demikian dibenci oleh orang-orang yang
melakukan dosa".

Surah A' A'raf

7:118
Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan.
7:119
Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan
 kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.
7:120
Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud,
7:121
Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.

Surah Taha

20:69
"Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yangmereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu
tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada".

Caranya : Bacakan kesemua ayat di atas ni kepada bekas yang mengandungi air. 
Kemudian air tu disiramkan ke atas kepala orang yang terkena sihir tu. 

Sebenarnya banyak lagi surah untuk hindarkan sihir. Tapi ni salah satunya. 

Moga bermanfaat untuk kita bersama.  Jangan lupa solat! :)

Tuesday, February 12, 2013

120449 - Imam Hassan Al-Banna

Assalammulaikum,
hari ni bertarikh 12 haribulan..... Hari ni adalah tarikh memperingatan kesyahidan Imam Hassan Al-Banna. Meh le kita baca tentang kesyahidan beliau.



12.04.1949.
 MEMPERINGATI KESYAHIDAN IMAM HASAN AL-BANNA.

Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunanj, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.

Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. 

Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.

Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri.

Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis menjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.

Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. 

Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. 

Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. 

Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.

Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Barma menamakannya "Esteshhaad" yang bermaksud syahid.

Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat.

Kes pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan. 

Pertama kali dibawa pada masa pernerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi. 

Kedua, pada masa pernerintahan Perdana Menteri Husin Sari. 

Ketiga, pada zaman pernerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya.Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari singgahsananya. 

Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, Koperal 

Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat.Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat.

Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. 

Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin, tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul.

Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini. Antara pesan beliau yang terakhir:

"wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..."


sumber: FB - Memperingati 100 tahun Hassan Al Banna


Wednesday, December 12, 2012

Sejarah 12 Disember.....


Assalammualaikum,

Kisah cinta dan air mata si dia..

Tanggal hari ini (12 Disember) pada tahun 1950,Tragedi yang tidak akan dilupakan masyarakat Melayu beragama Islam di Tanah Melayu.Tragedi ini bermula apabila mahkamah Singapura menyerahkan Natrah kepada ibu bapanya di Belanda - yang diberikan hak menentukan agamanya - membawa kepada rusuhan besar di Singapura. 




Sedutan daripada Tragedi 12 Disember


Pada tahun 1950..orang melayu tak ada pemimpin..negara malaysia pun belum ada waktu tu…orang melayu miskin pada masa tu tuan-tuan.. walaupun orang melayu pada masa tu miskin,tetapi semangat akidah mereka terlalu tinggi. Dengar sahaja kerajaan British berpakat kerajaan Belanda bagi memurtadkan Natrah,



Orang melayu dari Kelantan kayuh basikal turun ke Singapura, Orang melayu di Pulau Pinang jalan kaki ke Singapura, orang melayu dari Perak dan Selangor tumpang kerata api barang untuk ke Singapura.



Pada tanggal 12 Disember 1950, , beribu orang Melayu sudah sampai ke Singapura pada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah,



Orang melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British. Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha:



“kamu orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” , adakah kamu yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” juga mahu menghalang aku? kamu halanglah, aku akan tetap pergi…. dengar tu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia..Inspektor Taha menyatakan “demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini”..laungan Allahukabar bergema disetiap sudut…Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang melayu



#Akibatnya, sebanyak 18 nyawa diragut dan 200 lagi tercedera berikutan Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12 Disember 1950.


Dia...


Nadra Maarof atau nama belanda Bertha Hertogh (1937-2009) adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah diSingapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.


Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.



Beliau meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda.


Tentatif kehidupannya...

  • 24 Mac 1937  - Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
  • Disember 1942 - Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.

che aminah
nenek, ibu, bapa

Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

  • 15 November 1945 - Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
  • 1945 - Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik keBandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
  • September 1949 - Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
  • 19 Ogos 1949 - polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
  • 12 April 1950 - Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
  • 22 Mei 1950 - Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura
  • 24 April 1950 - Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura
  • 28 April - Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
  • 19 Mei 1950 - peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .
  • 28 Julai 1950 - Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill.
Mansor Adabi
  • 1 Ogos 1950 -kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri NabiMuhamad, Siti Aisyah.
  • 2 Disember 1950 - Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.


Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.



  • 12 Disember 1950 - Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.
  • 12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan. 




13 Disember 1950 - Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbangKLM.

Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.




  • 15 Disember 1950 - Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.
Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.



  •  Januari 1952 - Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
  • 9 Januari 1951 - Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
  • 10 Januari 1951 - Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
  • 17 September 1951 - Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
    hanya gambaran
  • Mac 1953 - Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi KristianKatholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh'.
  • 25 Januari 1953 - Surat Mansor Adabi kepada Natrah
  • 20 Julai 1953 - Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
  • 1954 - Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannyaJohannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.

    Johan Gerardus Wolkenfelt, 21 tahun

  • 26 Januari 1956 - Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
20 April 1956 - Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.

cucu Natrah
  • 15 Februari 1957 - Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.
  • 20 Januari 1959 - Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
  • 3 Februari 1959 - Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
  • 25 November 1975 - Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Stillselama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.

  • 16 Ogos 1976 - Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.
  • 26 Disember 1976 - Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
  • 1976 - Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an.


  • Disember 1979 - Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom,Belanda.
  • 1983 - Bertha bercerai dengan Tom Ballermans
  • 1984 - Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
  • 15 September 1984 - Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga... Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarikat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. 

Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.


Tahun 1992 - kerajaan telah mengharamkan lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini :-


Kejatuhan si perawan di kota temasek...

jeritannya yang tak bersuara

menakluki kita semua

hingga mencetuskan

sengketa......



Hadiran nya adalah satu titik bencana
Tika mengorbankan ugama dan nyawa
Iya menjadi satu legenda
Terciptanya satu sejarah...

Natrah yang malang....
nyawamu di pertaruhkan
kezaliman pecana di patahkan

Natrah......
Nilaimu dipertahankan
bangsamu melepaskannya
kau bisa menyerah dan turuti

Demi menjunjung kebohongan
sehingga kini....

  • 9 Julai 2009 - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.
















Tragedi cinta Natrah menjadi sejarah.. :|

Tuesday, August 28, 2012

Inilah testimoni saya.., S.A.P VENTURE., ^_^

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalammualaikum.

Saya baru saja berdaftar dengan S.A.P Venture. Ahli baru ni.., hehe.., :D erm lebih kurang dalam 3 hari. Mula-mula saya tak tahu nak buat macam mana dengan perisian ni. Asyik-asyik buka akaun S.A.P ni sebab nak tengok income dah masuk ke belum. Punyalah saya tak sabar nak tunggu income masuk. Selepas itu saya banyak bertanya kepada sponsor dan rakan-rakan yang telah berjaya setelah menyertai S.A.P Venture ni tentang kegunaan dan manfaat perisian ni....,

Alhamdulillah walaupun baru 4 hari berdaftar dan dengan nasihat mereka agar hanya promosikan link saya sahaja iaitu  http://rm20.ibct.my/1496  saya telah dapat income sebanyak RM4.00 dalam masa tersebut. Walaupun tidak banyak tetapi saya percaya yang S.A.P Venture ni dapat memberi pulangan yang berbaloi buat saya suatu hari nanti. 

Walaupun yang pada mulanya saya ragu-ragu sangat dengan perisian ni. Ya lah sekarang ni kan banyak penipuan dan penyelewengan duit telah berlaku melalui perniagaan internet ni kan. Tetapi selepas kredit saya bertambah daripada RM0.00 kepada RM4.00....,


saya bertambah yakin malah semakin berani untuk mempromosikan kepada rakan-rakan yang lain. Mereka ada yang berminat dan alhamdulillah sudah ada seorang downline.


Oleh itu saya berharap agar sifu-sifu yang telah berjaya dapat membantu saya dalam memperhebatkan lagi perisian yang saya sertai ini. Terima kasih juga kepada yang telah membantu saya. Saya harap sangat-sangat semoga S.A.P Venture ni adalah salah satu perniagaan yang halal, benar, tiada penyelewengan dan berterusan sehingga berjaya. S.A.P VENTURE HEBAT ! Semoga kita sama-sama berjaya ya. ;) winking


akak : terbaikkk!!! Insya-Allah.., ^_^

Friday, August 3, 2012

KERNA AKU JUGA SEPERTIMU.., ^_^

Bismillahhirrahmannirrahhim..,
Assalammualaikum..,

Hari ni ada kelas seperti biasa. Tingkatan enam. Ye aku masuk form six.., hahaha.., : D macam tak percaya je aku sekarang ni aku amik form six. Emm saje je nak cakap pasal tu.., ^_^

Sebenarnya tadi masa tengah tak de kerja tu Kak Salwa ada tunjuk dekat aku satu puisi ~rasanya la~ ^_^ dia amik dekat laman web http://www.iluvislam.com.., 

Tajuk dia nampak je biase-biase tapi cuba hayati isi kandungannya yang penuh makna tersirat iaitu tentang si dia sahabat..,

Tajuknya ialah 
"KERNA AKU JUGA SEPERTIMU"

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." (Surah az-Zukhruf, ayat 67)
Teman,
Aku bukan sahabat sebaik yang kau sangka,
Aku bukan sahabat yang mampu berdiri sendiri untuk menasihati kamu,
Aku juga bukan sahabat yang selalu teguh imannya,
Malah, aku juga bukan sahabat yang selalu bersih hatinya.
Kerna,
Aku juga remaja sepertimu, sahabat,
Di saat gelora cinta dunia membuak-buak...
Kerna,
Aku juga manusia, sahabat,
Yang selalu ada naik turun imannya.
Kerna,
aku juga insan, sahabat,
Yang selalu lupa saat diri dibuai cinta dunia.
Kerna,
Kalian tidak tahu keadaan hatiku ini,
Sekiranya kalian tahu,
Mungkin kalian akan berasa jijik dengan hatiku yang penuh dosa ini.
Memang benar,
Diri ini selalu menasihati kalian,
Diri ini selalu mengingatkan kalian...
Tetapi,
Adakah kalian tahu,
Segala nasihat yang aku berikan itu,
Bertujuan untuk mengingatkan diri ini jua,
Bertujuan agar bila aku lupa,
Kalian bisa mengingatkan aku kembali.
Untuk mengingatkan agar diingatkan,
Bukankah itu tujuan sebenar kita bersahabat?
Untuk kita saling ingat mengingati?
Atas dasar iman dan taqwa?
Aku tidak mahu di Hari Akhirat nanti,
Kita berbalah dan menjadi musuh,
Kerana tidak mengingatkan antara satu sama lain.
Aku juga perlu bimbingan, wahai sahabat.
Aku juga perlu dinasihati, wahai sahabat.
Hilal Asyraf berkata, "Kalau benar bersahabat biar berpimpin tangan merentas Syurga, bukan menjadi pengkhianat melempar sahabat ke neraka. Maka, jadilah pelindung yang melindungi sahabatnya daripada azab Neraka."
Err, sudikah kiranya sudi berpimpin tangan denganku ...menuju Jannah-Nya?
akak:
sudikah kau jadi sahabat aku dunia dan akhirat?

Monday, April 2, 2012

WaNg BuKaN SeGaLaNyA... :)

info *














~ Wang mampu membeli alat perhiasan,
TETAPI
tidak kecantikan...

~Wang mampu membeli ubat,
TETAPI 
tidak kesihatan...

~Wang mampu membeli hiburan,
TETAPI
tidak kebahagiaan...

~Wang mampu membeli teman,
TETAPI
tidak sahabat sejati...

~Wang mampu beli segalanya,
TETAPI 
tidak tiket untuk ke syurga...



TWIN:
kita merancang ALLAH yang menentukan... :)









Thursday, September 29, 2011

FrIeNdS... : D




                                            TWIN : remember this to all my friends... : )

Monday, July 11, 2011

SEMAK PLKN 2012

Semak status untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2012 senarai nama boleh menyemak bermula hari ini. Calon-calon yang dilahirkan pada tahun 1994 boleh menyemak khidmat negara 2012 senarai nama di sini. Berikut adalah langkah-langkah bagaimana untuk menyemak senarai nama khidmat negara 2012.



Semak  PLKN 2012 status melalui SMS
Jenis: PLKN [SEMAK] [NO I/C] dan hantar ke 15888
Sebagai contoh: PLKN SEMAK 94011604XXXX dan hantar ke 15888

~PLKN Tahniah! 94011604XXXX POLAN BIN POLAN telah terpilih menyertai PLKN Siri X / 2012


Jika anda tidak disenarai pendek, anda akan menerima SMS yang sama seperti di bawah:
~Maaf! 94011604XXXX tidak dipilih untuk menyertai PLKN Siri X / 2012.


Terima Kasih.
Jika anda disenarai pendek, anda akan menerima SMS yang sama seperti di bawah:

TWIN: pergh!!! cuak nak tau dapat ke tak...
HAHA.. :D