CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 13, 2013

Doa Menghindari Sihir Dan Ilmu Hitam

Assalammualaikum, 


Surah Yunus

10:81
Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.
10:82
"Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun
yang demikian dibenci oleh orang-orang yang
melakukan dosa".

Surah A' A'raf

7:118
Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan.
7:119
Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan
 kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.
7:120
Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud,
7:121
Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.

Surah Taha

20:69
"Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yangmereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu
tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada".

Caranya : Bacakan kesemua ayat di atas ni kepada bekas yang mengandungi air. 
Kemudian air tu disiramkan ke atas kepala orang yang terkena sihir tu. 

Sebenarnya banyak lagi surah untuk hindarkan sihir. Tapi ni salah satunya. 

Moga bermanfaat untuk kita bersama.  Jangan lupa solat! :)

No comments: