CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 21, 2012

Awak.. baca ni

Assalammualaikum,

Haha, tu la tak nak tulis sangat kan. Amik kau. Meh aku tulis. Hee. Jangan marahhhhh, k. 
Meh meh baca...
Ni yang aku tulis...

kad birthday untuk kakak Domo :|

So sori tak kasi baca time tulis tu. :)


Thursday, December 20, 2012

Rindu sama kalian...


Assalammualaikum,

Miss cikgu2. :)

Rindu giler dengan cikgu2 ni. Yelah lama tak jumpa. Lagi2 cikgu Zurinawati tu hah. Lama sangat2 tak jumpa sebab cikgu tu dah balik Kelate. Ngajor sana. Huu. Sedih dulu bila dapat tahu yang cikgu tu nak pindah ke Kelantan. Nasib baik bila balik Seremban cikgu still ingat dan nak jumpa kiteorang. Bukan kiteorang tak rindu lagi 2 orang cikgu tu, rinduuu wow! Cuma cikgu2 kiteorang cikgu yang rajin kan. Masing2 dengan kerja. Cg. Aishah dengan sambung belajar nya lagi. Berulang-alik balik sini. Kadang nak jumpa kena cari masa yang betul2 free of charge kalau nak jumpa beliau. Hee. Hope cikgu berjaya ok! Kiteorang selalu doakan kejayaan cikgu. Doakan kejayaan kami juga ye. To cg.Rashidah, nanti kita fb2 ye. Hee. Cikgu still di Seremban kan. Harap2 ada masa la nanti nak pi Kelantan la. Buat kerja gila. Nak jumpa cikgu dekat kampung beliau pulak.  Tapi bilaaa yee ? Ada masa tuu. In Shaa Allah. :)

We will miss you all.  Hope to see you all again. :)

Friday, December 14, 2012

MTV 'Wanita' - KRU



(Yusry)
Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu 
Demi insan yang disanjung dalam hidup

(C)
Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah 
Setia didalam ceria dan gundah 
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita

(Edry)
Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu 
Menenangkan kalbu
Jgn kau hampakan cintanya yang tulus

#ulang (C)

(Norman)
Itulah dia seperti dia menyelimutmu.....

#ulang(C)

Khas untuk emak tersayang    :)

Thursday, December 13, 2012

Pengadil KPOP


Assalammualaikum,

Lee Min Yu

Haha! Ni la penangan Piala Suzuki AFF 2012. Geng Harimau tewas dengan Geng Gajah.0-2. Kelakar, malam ni permainan macam sengal sikit disebabkan pengadil daripada Korea tu la. Macam berat sebelah je dengan Thailand. Ye la mana tak nya pemain Malaysia bukan nya buat salah berat pon sampai nak bagi kad merah.


Ergh! Geram je tengok. Rasa nak hempok je pengadil tu. Habis je perlawanan, penuh maki hamun daripada penyokong Malaysia dekat FB dengan twitter. Haha! Lawak je dieorang. Geram nya pasal.


gambar bercerita

#twitterStory



*Weeee Ref lahir 14 september! Setiap tahun 14 september aku bakar setiap restoran tomyam yg ada -.-

*KalauAkuJumpaPengadilKoreaTu aku rendam muka dia mangkuk yang berisi tomyam.

*Dalam padang ade 3 bende yang mewakili binatang .. 1.Harimau (malaysia) 2.Gajah (thailand) 3.Bab1 (reff)



*Reff ni ada twitter tak? Dia belum tahu lagi budak2 Malaysia punya bash macam mana. Sign up twitter kalau berani! Lai!


*Muka depan surat khabar esok : *gambar reff* "LEE MIN YU MATI DITEMPAT KEJADIAN" HAHAHAHAHAHAHAHAHA ♥

#facebookStory

*Biodata Referee :
~Seorang guru BAHASA INGGERIS.
~Hobinya suka melancong.
huh ! APTB !!!

*"Mohon Badan Pencegah Rasuah geledah rumah referee yg handle game Thailand vs Malaysia ni. Sangsi betul dengan mutu pengadilan referee tersebut. tu la heboh dengan GANGNAM STYLE kau !

*tadi saya layang kad merah main2 je.. sbb bosan dah lama tak layang kad. tadi rasa mcm superhero. by:reff korea!

*Perlawanan Berakhir.Nampak muka pemain Malaysia hampa & sedih.Muka pemain thailand bangga dengan kemenangan.Muka pengadil tak ubah mcm TENUK

*lepas ni sume boikot tom yam ngn korea ... hahaha

Dalam maki hamun ni pon ada la juga yang bagi semangat. Bagus! Sokong sokong! ♥ :)

*TERBAIK LA WIRA MALAYSIA ! TAHNIAH MALAYSIA !

*Terimalah kekalahan kita sebentar tadi dengan redha. Segalanya adalah ketentuan Allah jua walaupun seperit mana kenyataan itu. Janganlah kita mendapat dosa dengan memaki hamun dan mengungkapkan kata2 yang dapat meraih dosa di sisi Allah SWT.

*Walaupun kalah ! Selamanya Harimau Malaya ♥

*Farizal , Fadhli , Aidil , Mahali , Bunyamin , Faizal , Safiq , Amar , Kuna , Alex , Khyril , Baddrol , Safee , Matyo .Pejuang Malaysia!!!

(ni lagi panjang)
*Tahniah kepada Pasukan Malaysia.. Rakan-rakan yang menonton siaran langsung ini pasti setuju dengan statement saya ini, " Malaysia telah bermain dengan bersungguh-sungguh " mereka dah cuba yang terbaek.. Berlari mengelilingi padang sepenuh hati.. Saya yakin dan percaya mereka sudah terlalu penat untuk mengabulkan harap
an kita semua.. Di tambah dengan tindakan pengadil yang berat sebelah pada separuh masa pertama.. Ayuh rakyat Malaysia, MEREKA TETAP JUARA KITA! sebab kita da saksikan separuh masa kedua tadi, bagaimana mereka amat bersungguh-sungguh untuk mencari gol bagi merapatkan jurang.. Bukan salah mereka, bukan salah Raja Gopal, bukan salah FAM atau pun sesiapa sahaja... Secara peribadi, julung kali nya saya melahirkan perasaan ini walaupun Malaysia tewas iaitu, " MALAYSIA TELAH BERJAYA " .. Mereka telah berjaya membuktikan kesungguhan yang sangat jelas kita lihat pada separuh masa kedua Malaysia vs Thailand.. Bertahan dan terus bertahan deng
an hanya 10 orang pemain daripada terus diaibkan.. Besar nya ujian kepada mereka yang memikul harapan mereka.. Tahniah pemain semua.. Seharusnya kita sambut mereka sebagai wira.. Sebelum perlawanan banyak dugaan yang mereka lalui.. Saya amat menghargai keringat mereka semua walaupun tewas.. Ayuh MALAYSIA! Ayuh RAKYAT MALAYSIA! kita tidak kalah! dan kita TIDAK KALAH! Semoga permainan Malaysia dapat dipertingkat kan lagi dan mudah-mudahan ada lagi kejayaan yang lebih manis lagi daripada ini... Insya Allah..saya yakin Malaysia boleh pergi jauh.. Kredit untuk Penjaga Gol Farizal Marlias, Mat Yo (Shahrul Idlan), Khairil Muhaimeen, Kunalan, Aidil, Mahalli Jasuli, atas permainan anda yang bersungguh-sungguh..Syabas kepada semua pemain atas kerjasama sepasukan anda.. Bagi saya, ANDA TETAP JUARA! kerana kesungguhan anda semua bermain memukau dan menukar persepsi saya di atas kekalahan anda.. SYABAS MALAYSIA.. saya tetap sokong MALAYSIA!


Haha. Apa-apa pon kita sebagai rakyat Malaysia kenalah sokong pemain Malaysia kan. Kalau tak kerana kita mereka tak kan bersemangat untuk bangkit menentang pemain lawan. Right! :)

Selamanya Harimau Malaya :) 



Wednesday, December 12, 2012

Sejarah 12 Disember.....


Assalammualaikum,

Kisah cinta dan air mata si dia..

Tanggal hari ini (12 Disember) pada tahun 1950,Tragedi yang tidak akan dilupakan masyarakat Melayu beragama Islam di Tanah Melayu.Tragedi ini bermula apabila mahkamah Singapura menyerahkan Natrah kepada ibu bapanya di Belanda - yang diberikan hak menentukan agamanya - membawa kepada rusuhan besar di Singapura. 




Sedutan daripada Tragedi 12 Disember


Pada tahun 1950..orang melayu tak ada pemimpin..negara malaysia pun belum ada waktu tu…orang melayu miskin pada masa tu tuan-tuan.. walaupun orang melayu pada masa tu miskin,tetapi semangat akidah mereka terlalu tinggi. Dengar sahaja kerajaan British berpakat kerajaan Belanda bagi memurtadkan Natrah,



Orang melayu dari Kelantan kayuh basikal turun ke Singapura, Orang melayu di Pulau Pinang jalan kaki ke Singapura, orang melayu dari Perak dan Selangor tumpang kerata api barang untuk ke Singapura.



Pada tanggal 12 Disember 1950, , beribu orang Melayu sudah sampai ke Singapura pada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah,



Orang melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British. Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha:



“kamu orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” , adakah kamu yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” juga mahu menghalang aku? kamu halanglah, aku akan tetap pergi…. dengar tu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia..Inspektor Taha menyatakan “demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini”..laungan Allahukabar bergema disetiap sudut…Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang melayu



#Akibatnya, sebanyak 18 nyawa diragut dan 200 lagi tercedera berikutan Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12 Disember 1950.


Dia...


Nadra Maarof atau nama belanda Bertha Hertogh (1937-2009) adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah diSingapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.


Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.



Beliau meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda.


Tentatif kehidupannya...

  • 24 Mac 1937  - Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
  • Disember 1942 - Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.

che aminah
nenek, ibu, bapa

Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

  • 15 November 1945 - Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
  • 1945 - Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik keBandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
  • September 1949 - Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
  • 19 Ogos 1949 - polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
  • 12 April 1950 - Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
  • 22 Mei 1950 - Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura
  • 24 April 1950 - Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura
  • 28 April - Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
  • 19 Mei 1950 - peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .
  • 28 Julai 1950 - Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill.
Mansor Adabi
  • 1 Ogos 1950 -kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri NabiMuhamad, Siti Aisyah.
  • 2 Disember 1950 - Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.


Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.



  • 12 Disember 1950 - Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.
  • 12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan. 




13 Disember 1950 - Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbangKLM.

Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.




  • 15 Disember 1950 - Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.
Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.



  •  Januari 1952 - Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
  • 9 Januari 1951 - Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
  • 10 Januari 1951 - Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
  • 17 September 1951 - Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
    hanya gambaran
  • Mac 1953 - Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi KristianKatholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh'.
  • 25 Januari 1953 - Surat Mansor Adabi kepada Natrah
  • 20 Julai 1953 - Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
  • 1954 - Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannyaJohannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.

    Johan Gerardus Wolkenfelt, 21 tahun

  • 26 Januari 1956 - Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
20 April 1956 - Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.

cucu Natrah
  • 15 Februari 1957 - Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.
  • 20 Januari 1959 - Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
  • 3 Februari 1959 - Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
  • 25 November 1975 - Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Stillselama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.

  • 16 Ogos 1976 - Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.
  • 26 Disember 1976 - Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
  • 1976 - Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an.


  • Disember 1979 - Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom,Belanda.
  • 1983 - Bertha bercerai dengan Tom Ballermans
  • 1984 - Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
  • 15 September 1984 - Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga... Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarikat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. 

Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.


Tahun 1992 - kerajaan telah mengharamkan lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini :-


Kejatuhan si perawan di kota temasek...

jeritannya yang tak bersuara

menakluki kita semua

hingga mencetuskan

sengketa......



Hadiran nya adalah satu titik bencana
Tika mengorbankan ugama dan nyawa
Iya menjadi satu legenda
Terciptanya satu sejarah...

Natrah yang malang....
nyawamu di pertaruhkan
kezaliman pecana di patahkan

Natrah......
Nilaimu dipertahankan
bangsamu melepaskannya
kau bisa menyerah dan turuti

Demi menjunjung kebohongan
sehingga kini....

  • 9 Julai 2009 - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.
















Tragedi cinta Natrah menjadi sejarah.. :|

Tuesday, December 11, 2012

Apo Kono Eh Jang 2012-Rafidah Ibrahim feat. Dato' AC Mizal & Stellar Band




(R I)
Jang oh jang
Mano pulak poi budak bertuah ni
Sonyap yo
Siaplah jang oi
Kobau tu tak boghi makan lai

(S B)
Batu kikir jambatan bosi
Gulai udang sebelango
Cubo omak fikir dalam hati 
Ayo ni bujang sudah lamo aih

(AC)
Apo kono eh jang
Tongah malam tolanjang
Eh ko dah bosar panjang
Napo duduk tolontang
Macam da tak porlu hei
Tapi cubo ko dongar ini pokaro bonar

Ko tongah ko topi kobau ko pon dah mati
Korek tanah masuk lai dokek Kuala Pilah
Eh ko tengok muko dulu
Muko ko pon dah berbulu
Poi cukur la dulu
Badan ko bau lombu

(R I)
Apo kono eh jang
Ko monung ajo
Orang ke bulan ekau di mano
Muko berpoluh apo toghosa
Carian ubek penawa duko

Poilah mandi hari dah tinggi
Jangan termonung menoman tanggo
Ke sawah kito menuai padi
Apo dikonang pekaro yang sudah

Si Milah kau gilokan
Orang dah masuk meminang
Mano den lotak muko
Kondak kau jang diambik orang
Biar omak cari an lain
Ompuk orang jangan diidam

(AC)
Dah den kobar an dulu
Dongar  la cakap cikgu
Banyak-banyak membaco
Bosar nanti bojayo
Cordik macam anak tok wan
Sobolum jadik kayo
Jangan malas bokojo
Kono kuek usaho

Masak lomak cili api
Minum kopi cicah ghoti
Kocik pogi mongaji
Bosar jadi montori
Eden ado berposan
Janganlah ketinggalan
Hidup ado panduan
Al-Quran jadi pogangan

(S B)
Ke jelobak je jelobu
Tuai padi tigo tangkai
Kato ombung den
Kato ongah den
Kato ocu den

(R I)
Apo kono eh jang
Ko monung ajo
Orang ke bulan ekau di mano
Muko berpoluh apo toghosa
Carian ubek penawa duko

Dah den koba an dulu
Kumpo an duit
Minanglah copek ini kau tangguh an
Ke sawah kito mengumpo belanjo
Bokonan den Si Milah buek menantu

(S B)
Apo lai kau sosakan
Menghaung tak do guno
Milah kawin minggu dopan
Melopong kau jang putih mato
Jangan lai dikonang-konang
Asik dikonang merano badan

Berkocak-kocak air di boting
Limau manih bertaruk mudo
Bio bercacak koghih dan lombing
Putih kuning den tarik juo

Zaman sekarang, yang lama dibarukan. :)




Sunday, December 9, 2012

ber5


Assalammualaikum,


Emm, dah mula cerita dah. Pagi yang gelap kini sudah terang... Eh, menyanyi pulak. Haha! Wuhuuu!!!! Sebenarnya excited nak cerita ni, Kiteorang pi picnic ber5 ! Naik kereta. (Memang la takkan flight kot) Kalau nak tau, picnic kiteorang ni dirancang secara tiba dan tiba. Okay, ahad tu aku dengan family keluar sebab ada kenduri kahwin. Meghato poei eh. Malam tu dapat mesej daripada kawan ajak pi picnic. First mula, rancang nak pi Serabai. Eh ? Haha! Gabai Waterfall la dekat Ulu Langat tu. Tau tak ? Tak tahu ? Cari sendiri. :D Tapi masalahnya kena pi pagi pukul 7.oo. Erghh! Menggeliat lagiiii. Hahahaha! Then, tukar! Rancang la pi Ulu Bendul pulak.

Okay set! Semua setuju! Dengan tiba dan tiba rancang pi esoknya. Okay la daripada duduk rumah tak buat apa. Kan. Sebenarnya agak terkejut la jugak sebab aku dah agak balik daripada kenduri tu dekat nak malam. Lagi satu, sebab jauh kan dekat Chemomoi, sempadan Pahang sana tu hah. Takpelah, nak seronok dengan kawan2 kan. Bila laa lagi. Dah la lama tak jumpa dieorang ni. Rindu la jugak. Ngee. --_-- Ye la masing2 dah belajar tempat lain2. MissJengkel di Melaka, MissPurple di PJ, MissNurfa di Beranang dan kiteorang MissBerQ2 di Soghomban! :D

miss universe o_O

Esoknya,
Mulalah perjalanan kiteorang. Kiteorang pi naik keto MJ. Then MJ jemput MN then jemput MP lepas tu barulah jemput kiteorang. (nama malas nak taip panjang2. Haha!) Thanks ya! Nanti kitaorang jemput korang pulak (bilo kak oi) Haha! K, abaikan tu. Tiba2 nak dijadikan cerita! Tukaq plan kak oi. Pi PD pulakk. Haha! Nasib baik semua jenis yang "HAH, TAK KISAH" last2 pi PD. Sebelum tu, kiteorang bergerak menuju ke kedai Frozen Food dekat Panchor dulu. Pi sana sebab nak beli makanan mentah. Ye lah, kobar picnic. Kena la masak sendiri, kan. (Berdikari la katakan)

pernah sampai sini ? Kek PD la jawab eh tu. 
Akhirnya, sampai jugak dekat PD.
Ouh ye, sebelum tu kiteorang pi kedai kat PD tu sebab nak beli bahan mentah lagi sikit dan air. Sebab nak guna. Ouh yeee, kitaorang mewah sikit. Makan steamboat! Tak main la goreng2 ni.(Poyo sungguh!) Haha! :D
Then, cari khemah untuk berteduh, bayar dan mulalah aktiviti.......................... :)

MANDIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII LAUTTTTTTTTT...... HAHAHAHAAHHAHAHA!
tukang melantak :D
masterchef :D




Bersyukur sangat sebab cuaca baik waktu tu, Alhamdulillah. Allah punya perancangan lagi baik. DIA  dah tentukan untuk temukan kami ber5. :)




Kat sana bukan mandi je kitaorang masak sekali. Banyak makanan kitaorang bawak.
Ketam, hotdog, cucur udang macam2 laaa.

Hah ni makanan yang kitaorang buat steamboat tu. Best tak ? Polik yo kiri kanan orang pandang sampai bawak dapur gas. Haha! Tapi yang senang pasang tu la. Sekarang kan dah moden. Takkan lah bengong na nak bawa tong gas tu. Erkk ? Hahaha!

Jemput makannnnn. :P



Dapur tu la. Tahu kan ?
steamboat!








Ni la cucur udangnya, sampai cair la aku buat cucur udang ni. Haha! Terlebih air. Berangan nya pasal. (Ingat bf :P) Last2, kena la ikhtiar cari tepung. Rezeki kan, nasib ada makcik tu baik hati bg tepung. Jadi la balik CUCUR UDANG. Hee. :D
cucur udang a.k.a lempeng
Emm, bila gambar bercerita.... Dengar la eh. :D






 












Then berakhir la picnic kami sehingga jam 3.30 ptg. Huu seronok sangat. Harap, ada rezeki kita pi tempat lain pulak yaa. Aminn, In Shaa Allah. :D

have a nice day friends :D

lepas ni paintball pulak ? Haha! :D