CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 8, 2012

Kuda Lumba. ^_^



Dua ekor kuda berjalan kembali ke kandang selepas tamat latihan. Salah seekor kuda berkata kepada kawannya,

"Saya tidak faham mengapa kita begitu perlahan, sedangkan kita adalah daripada baka kuda yang baik, kita mendapat makanan yang terbaik dan mempunyai jurulatih yang hebat. Tetapi kita sering mendapat tempat yang terakhir dalam setiap perlumbaan."

Seekor anjing yang kebetulan lalu di tepi kandang terdengar perbualan kedua-dua ekor kuda itu.


"Saya tahu apa masalah kamu. Saya telah melihat kamu berlumba dan nampaknya kamu berlari dengan pantas pada permulaan perlumbaan. Pada penghujung perlumbaan, kamu telah dipintas kerana kamu kehabisan tenaga. Apa yang kamu perlu lakukan ialah mengawal kelajuan dan pecut dengan pantas apabila hampir ke garisan penamat. Dengan itu kamu pasti akan menang. Apa pandangan kamu?"


Kedua-dua ekor kuda itu memandang satu sama lain dan berkata, 

"Wau, anjing boleh bercakap ! "








TWIN : adakah??? hahaha.  hanya untuk  suka suki je. ^_^

No comments: