CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 2, 2013

KISAH LUCU. lucu ker??? ^_^


BURUNG.




Pada suatu hari, ada seorang kanak-kanak  bernama Musa masuk ke sebuah kedai burung. Dia sangat teruja melihat setiap seekor burung yang ada.






Penjual     :   Adik, dari tadi pakcik lihat adik khusyuk membelek burung.

Musa         :   Ya pakcik. Saya suka tengok gelagat burung.

Penjual     :   Ada apa-apa yang adik nak tahu daripada pakcik?

Musa         :   Ada pakcik.

Penjual     :   Tentang burung apa?

Musa         :   Hmm, angry bird ada dijual disini tak?

Penjual     :    ~!@#$%^&*()_+



DIET.





Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk berdiet.

Doktor      :   Mulai dari sekarang anda mesti berdiet. Makan hanya sedikit roti panggang. Sebiji buah-buahan dan segelas air kosong.

Lelaki gemuk     :   Baikah doktor. Itu semua harus saya makan sebelum atau sesudah makan Doktor?

Doktor     :     ~!@#$%^&*()_+


PANADOL.

Budin melihat rakannya, Karim sedang membuat kopi yang kemudiannya memasukkan sebiji panadol. Dengan kehairanan Budin bertanya satu soalan kepada Karim.

Budin       :   Dah kenapa kau ni Karim? Apa pasal kau masukkan panadol dalam kopi tu?

Karim       :   Kapi ni panas. Jadi aku bagi panadol. Kuranglah sikit panasnya.

Budin       :   ~!@#$%^&*()_+

BALIK AWAL.

Suatu pagi seorang ibu kehairanan kerana anaknya pulang awal dari sekolah.

Ibu     :   Kenapa kamu pulang awal hari ini Akim? Jam baru pukul 10 pagi.

Anak       :   Ooo, tadi saya boleh jawab soalan cikgu denga tepat. Sebagai balasannya, cikgu suruh balik awal.

Ibu     :   Bagusnya anak ibu. Tapi soalan apa yang cikgu bagi tadi sampai boleh balik awal?

Anak     :   Cikgu tanya, SIAPA YANG MEMBALING KASUT KE MUKA CIKGU?

Ibu     :   ~!@#$%^&*()_+

ANAK BIJAK.


Anak     :   Mama, hari ini saya dapat markah 100% di sekolah.

Mama  :   Betul ke? Macam inilah anak Mama yang pintar. Mama bangga dapat sangat. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100% tu?

Anak     :   Matematik 30%, Bahasa Melayu 50% dan Sejarah 20%. Jumlah 100%.

Mama  :   ~!@#$%^&*()_+


AISYAH.


Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyenyak. Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah isteri.

Perompak     :   Sebelum kamu mati aku bunuh, sebutkan namamu !

Isteri                 :   Na.., nama sa.., saya.., Aisyah.

Perompak     :   Aisyah? Nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuh kamu.

Lalu perompak itu mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya.

Perompak     :   Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korban aku.

Suami              :   Nama aku Irwan. Tapi.., semua orang memanggilku Aisyah.

Perompak    :   ~!@#$%^&*()_+



PARTI.

Halid baru mendapat tahu dia akan ditukarkan ke Johor Bahru kerana dinaikkan pangkat.

Halid     :   Semua kawan saya akan mengadakan parti secara besar-besaran. Mereka rancang nak adakan pertunjukan bunga api bagi meraikan pemergian saya.

Leman  :   Baguslah tu. Hanis kenapa pula yang awak nak bersedih ni?

Halid      :   Saya tidak dijemput.

Leman  :   ~!@#$%^&*()_+

                                                   ISTERI.

Kisah seorang wanita yang bertanyakan kepada seorang lelaki. Kenapa lelaki suka atau nak kahwin sampai tiga seperti  cerita P.Ramlee (Madu Tiga).

Maka jawab lelaki tersebut,

Kalau kahwin satu, is one..,
Kalau kahwin dua, is two..,
Kalau kahwin tiga barulah is three (Isteri).


KUIZ.

Ah Beng menyertai acara kuiz behasa Inggeris di Hari Terbuka sekolah anaknya.

Juru Kuiz     :   Give 4 fruits that begin with "L".

Ah Beng dengan penuh yakin menjawab. 

Ah Beng      :   I know.., Lemon, Lime, Lambutan and Lulian.

Juru kuiz     :   ~!@#$%^&*()_+

TWIN :
rileks sekejap.  ^_^

No comments: