CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 29, 2012

Cinta Suci Cinta Nan Abadi.

"Jika awak tanya mengenai cinta saya, cinta saya hanya untuk Allah buat masa ini. Saya belum terfikir untuk memberi kasih sayang pada makhluk yang bergelar insan lagi melainkan jika jodoh saya sudah betul-betul sampai. Maafkan saya awak. Saya belum bersedia untuk bercinta. Saya harap awak faham."  -Nur Qistina-


Kata-kata itulah yang disampaikan oleh Nur Qistina kepada seorang insan yang bergelar lelaki suatu masa dahulu, Muhammad Uwais. Lelaki yang sudah lama menaruh perasaan terhadap dirinya. Tetapi iman mereka sangat kuat kerana mereka saling mempercayai bahawa cinta kepada Yang Maha Esa itu adalah yang paling penting dan paling suci. Mereka bertarung dengan iman mereka agar tidak tersasar ke jalan yang terpesong. Sehinggalah suatu hari..,

"Pakcik, makcik izinkan saya untuk melamar Nur Qistina menjadi ibu kepada anak-anak yang sah", kata Muhammad Uwais kepada ibu dan bapa Nur Qistina. "Adakah kamu betul-betul menyayangi dan mencintai anak kami kerana Allah? Bukan kerana paras rupa dan juga nafsu wahai Muhammad Uwais," kata bapa Nur Qistina. "Ye pakcik, makcik saya menyayangi dan mencintai dia kerana Allah," kata Muhammad Uwais.


"Begitu bersungguh-sungguh Uwais ingin melamar diriku ini suatu masa dahulu. Aku menerimanya dengan hati yang terbuka. Aku bersyukur pada Allah kerana telah menetapkan jodohku dengan insan yang sangat suci hatinya. Solat istikharah yang ku lakukan selama ini telah diberikan petunjuk oleh Allah. Aku tidak menyangka selama lima tahun dia sanggup menunggu diriku ini sehinggalah dia sendiri yang bertemu dengan ibu bapaku menyatakan hasratnya untuk memperisterikan aku. Alhamdulillah," monolog Qistina di dalam hatinya. Dikala dia sedang mengelamun tiba-tiba terdengar satu lagu yang pernah diberikan oleh Uwais dahulu di MP3 nya...,

MISK - Jodoh dan Takdir 


Aku tersenyum sendirian memikirkannya kembali.

Lima tahun sebelum Uwais melamarku..,
Pertama kali bertemu dengannya secara tidak sengaja dia hanya memandang aku dan cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya. Aku juga begitu. Beristighfar aku di dalam hati. Sejak dari itu aku pun tidak tahu kenapa kami kerap bertembung antara satu sama lain ketika aku dan dia keluar bersama rakan masing-masing. Hati ku terdetik adakah si dia jodoh ku? Ya Allah berikan lah hambamu ini petunjuk mu Ya Rabbi. 

Aku terus menceritakan hal ini kepada ibuku. Ibu hanya memandang dan memberitahuku semasa kami sedang berbual..,

"Lakukanlah solah istikharah wahai anakku, sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar permintaan hamba-hambanya," pesan ibu kepada aku dengan penuh kasih sayang. 

Pilihan di tanganku sekarang ini kata ibuku kerana aku sudah dewasa untuk memikirkan soal jodoh ini. Tiba-tiba aku teringatkan satu lagu yang menjadi pilihan aku selama ini. Aku tersentuh dengan bait-bait lirik lagu ini. Sungguh menyentuh hati dan perasaan ku ini sebagai seorang wanita..,

SIGMA - Istikharah Cinta

"Assalammualaikum sayang.., jauh termenung, rindukan abang ke? Ke dah tidak sabar nak tunggu buah hati kembar awak ni keluar?," usik Uwais yang kini telah menjadi suami ku yang sah. Dia tersenyum dan terlihat lesung pipit di pipinya, itulah yang membuat hati wanitaku ini cair bila memandangnya sambil tangannya memegang perutku yang ada si kembar buah hati kami ini.

"Waalaikummussalam abang, mestilah rindu dengan abang. Anak kita ni pun rindu nak dengar suara ayahnya berbual dengannya," balasku sambil membalas senyuman suamiku ini dan terus menyalamnya. Terus aku menerima satu kucupan kasih dan sayang di dahiku dari suamiku yang tercinta.

Aku berdoa agar dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah dan berharap mahligai rumah tangga kami ini berbahagia dan disinari sinar rahmat-Mu Ya Allah hingga ke syurga Firdausi. Insya-Allah.

~Sekian. wassalam~


"mencoret  apa yang terbuku di jiwa hanya sekadar suka-suka.., ^_^ "
~akak~

No comments: