CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 6, 2012

Ramadhan di hati

Assalammualaikum,

Hayatilah!




الله اكبرAllah u Akbar
Allah Maha Besar

اشهد ان لا اله الا الله
Ash-hadu allā  ilāha illallāh
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah

اشهد ان محمدا رسول الله
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah

حي على الصلاة
Hayya 'alas-salāt
Marilah menunaikan solat

حي على الفلاحHayya 'alal-falāhMarilah merebut kemenangan




الله اكبر
Allāhu akbar
Allah Maha Besar

لا اله الا اللهLā ilāha illallāhTiada Tuhan selain Allah

Doa senjata orang mukmin!
Doa selepas azan 

اللهم رب هذه الدعوة التامة والصلاة القائمة

Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan,

آت محمداً الوسيلة و الفضيلة
Datangkanlah Nabi Muhammad (kepadaku) sebagai penghubung (kepada Allah) dan keutamaan (bagiku),


وابعثه مقاماً محموداً الذي وعدته
Serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya.

Doa berbuka puasa.


allahumma laka sumtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Maksudnya, "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang." 

Ibn Umar berkata, Nabi saw. ketika telah berbuka puasa mengucapkan,


Zahabaz zama'u wab tal latil 'u ruu qu wa sa batal ajru InsyaAllah.
Maksudya, "Telah hilang dahaga dan telah basah urat-urat dan telah tetap pahala, insya Allah." (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud #2357, Al-Daaraquthni #25, Ibn Hajar dalam al-Talhis al-Habiir (2/202)] Al-Daaraquthni mengatakan bahawa
 hadis ini hasan)
*Kedua-dua doa boleh diamalkan. 


Jom makan! Jangan jadi macam budak comey ni udah la ye. :D


"Selamat  berpuasa dan selamat berbuka puasa kepada semua umat Islam.
Puasa, jangan tak puasa! Makan tu beringat dan jangan membazir. Bersyukur dengan apa yang kita ada,   jangan  merungut tau. Cuba fikir orang Palestin tu, kita mati kekenyangan, mereka ? mati kelaparan. Nauzubillah! T_T"

adik :)

No comments: