CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 17, 2011

SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

 
"Setiap kali tarikh hari guru, mesti umur kiteorang .....tahun 4 bulan. Kiteorang just nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru sekolah kami, tak kiralah sekolah rendah ke, sekolah menengah. Terima lasih la sebab penat lelah mengajar kami.  :D Moge terus cemerlang mendidik anak murid. Jasamu sangat-sangat kami kenang... (^_^)
LOVE U ALL TEACHERS!"

Saturday, May 14, 2011

SELAMAT HARI IBU, MAK!!!!!


Tanggal 16 Januari 19....., lahirlah sepasang anak kembar perempuan dari perut mak yang telah mengandungkan selama 9 bulan. Bukan senang nak membawa 5kg dekat dalam perut. 

Mak yang telah mengajar aku mengaji, membaca, menulis dan mengira. Mak yang telah berkorban dalam banyak keadaan. Mak yang telah memberikan ku tempat tinggal, makanan dan pakaian. Yang telah mendidik aku sehingga aku remaja. 

Ye, remaja yang sedang meningkat dewasa. Yang akan mengambil alih untuk menjaga mak pula walaupun mak dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah... Setiap hari mak lah yang akan masak makanan untuk kami sekeluarga. Mak juga lah yang membuat kerja dirumah, tetapi aku juga membantu. Wajib membantu....

Mak jugalah yang setiap hari memberikan ku nasihat supaya belajar bersungguh-sungguh, Walaupun perkataan yang sama hanya aku dengar setiap hari. Tetapi itulah kata-kata semangat untuk aku terus belajar, belajar dan terus belajar. Mungkin kita akan menganggap ia sebagai leteran tetapi aku menganggapnya sebagai nasihat yang tidak akan aku lupa sehingga akhir hayat aku.

MAK SELAMAT HARI IBU!!! TERIMA KASIIH KERANA TELAH MELAHIRKAN KAMI, MENJAGA KAMI, DAN MEMBESARKAN KAMI!!! KAMI SAYANG MAK!!! 

Kami minta maaf jika kami ade melakukan dosa, terkasar bahasa, terlanjur kata, atau terkecilkan hati mak!!!
Maafkan kami!!! SEMOGA MAK PANJANG UMUR, DIMURAHKAN REZEKI, DAN SENTIASA SIHAT.

Dan doakan semoga KAMI BERJAYA!!!
Walaupun post ni lambat ditulis tetapi ingatlah kawan-kawan SETIAP HARI ADALAH HARI IBU!!!

-Cinta Terakhir-

...
Kau cinta pertama ku
Kau cinta terakhir ku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mata ku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Kau ayu di mata ku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia
 
Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan
 *_*

Saturday, May 7, 2011

f0rm 5 !!! SPM !!!

huh.. sungguh x ku sangka...pejam celik pejam celik dah mas0k bulan 5..dah kira setengah tahun dh, cam ne exam ni? hah????? alamak... tinggal lagi brape ari je lagi ni..argh!!! subhanallah....

tingkatan 5....
SPM!!! 

mak ak slalu pesan.. 'dik, SPM ni penentu masa depan, jgn buat main2, klu nk dapt kje pon orang akan pndang result SPM' 

aku kne berusah bersungguh2 supaya dapat capai harapan mak, ayah dan guru2 aku...
YA ALLAH! bantulah hambamu ini dalam mencari ilmu.... : (