CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 3, 2011

ILMU:Kecantikan


» Rupa CANTIK akhlak HODOH = HODOH (✖╭╮✖)
» Rupa HODOH akhlak CANTIK = CANTIK (✖‿✖)
» Rupa CANTIK akhlak CANTIK = TERBAIK (◕‿◕✿)
» Rupa HODOH akhlak HODOH = tak sedar diri punya makhluk ٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶
» Rupa HODOH tapi perasan cantik dan akhlak HODOH = mati lebih baik (◕‿-)!!
...
...
~♥> jOm jadi Rupa CANTIK akhlak CANTIK => itulah yg TERBAIK (✿ ♥‿♥)

*fb

Cerita:Mulianya...


seorang Lelaki Kristian Bertanya Kepada Seorang Lelaki Muslim..

Lelaki kristian : Kenapa wanita agama kamu menutup aurat ?

Lelaki muslim : Tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula² di dlm koceknye, Lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya..kemudian dia melemparkan kedua gula² itu ke atas lantai..lalu bertanya kepada lelaki kristian "Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih?
...
... ...
Lelaki kristian : Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan

Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa. :)
*FB

Friday, December 2, 2011

ombak rindu



Assalammualaikum,
lama dah tak update blog. Kalau ikutkan lagi 3 hari lagi kiteorang nak exam akaun ni. Tapi dah habis study bukalah jap youtube. Hee... :D Tiba-tiba lak dengar lagu ni. Tapi kan kalau hayati betul-betul lirik ni kan best, walaupun slow la jugak kan. Erm... dengar lagu tak semestinya dengar je kan, tengok la lirik sekali. Sebab lagu ni ditujukan dekat Dia untuk minta si dia terima diri kita seadanya... Apa-apa pun enjoy your life to listen this song! =_=







Wednesday, November 9, 2011

Kisah tauladan... : )

Assalammualaikum.. erm lame dh x coret dkt blog ni... busy sket la. ye la, nk SPM dh ... klu ikutkan dri tarikh tulis artikel ni agak2 lagi 4 hari je lagi... HAH! 4 HARI! ye, tinggl 4 hari je lagi.... : P Perasaan cuak semkin melanda dalam diri ni. Cewah jiwang la pulak... : )


Eh lupa pulak nk ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia ini. Semoga hari raya korban ini dapat memberi pengajaran serta keinsafan dalam diri kita terutamnya bila bercakap pasal korban ni.

Bila hari raya korban ni, msti kita teringat cerita tentang Nabi Ibrahim dan Ismail kan. Dekat sini aku nk bawa satu cerita yang semstinya tentang mereka.

       Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

       Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail . Siti Hajar berkata, "Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti." Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, "Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih."

       Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, "Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya. "

       Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, " Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku ."

       Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka  terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim . Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

       Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

       Sepeninggalan Nabi Ibrahim, iaitu sejak Siti Hajar melepaskan anaknya untuk disembelih oleh baginda, dia sentiasa menangis. Fikirannya bertambah runsing disebabkan diganggu oleh syaitan laknat yang mengatakan kononnya Nabi Ibrahim telah gila dan sebagainya.

       Pada suatu hari, dari jauh Siti Hajar mendengar suara takbir memuhi-muji nama Allah, semakin lama semakin dekat dan akhirnya dapatlah Siti Hajar kenali bahawa suara itu adalah suara anaknya Ismail dan suaminya Nabi Ibrahim.

       Maka dengan segera dia pergi mendapatkan anak dan suaminya sambil bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana telab memberi kekuatan kepadanya sehingga dia sanggup membenarkan anaknya untuk disembelih.

       Siti Hajar menangis bukanlah disebabkan marah kepada Nabi Ibrahim tetapi hanyalah menangis seorang ibu terhadap anaknya memandangkan dia adalah seorang wanita yang taat kepada Allah dan tidak mudah digoda oleh syaitan.

Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111









Thursday, November 3, 2011