CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 18, 2013

Sayangilah guru-guru kita. ^_^

Disini ingin kami kongsikan sebuah cerita mengenai seorang guru dan murid.


Hari pertama musim sekolah, Mrs Thompson ke kelas darjah lima nya itu. Dia berdiri di depan kelasnya itu lalu menipu anak-anak muridnya. Seperti semua guru, dia mengucapkan perasaan cinta kepada mereka semua. Cinta yang sama rata. Padahal ini hanyalah kata-kata manis sahaja.

Cinta sama ratanya itu tidak mungkin. Apatah lagi di kelas itu, di bahagian hadapan sekali, tersandar di kerusinya seorang pelajar malas, namanya Teddy Stoddard. Mrs Thompson memerhatikan Teddy sejak setahun lamanya. Dia mendapati bahawa Teddy si pemalas, kurang ceria, tidak suka bermain dengan rakan-rakan. Teddy tidak seperti yang lain. Dia agak menyakitkan mata untuk dilihat. Pakaiannya serabai, Malah Mrs Thompson merasakan bahawa Teddy perlu selalu mandi. Selain itu, Teddy kurang enak untuk didekati. Murid yang lain agak kurang senang dengan Teddy. Malah ada yang suka membulinya.

Mrs Thompson sangat merasa senang semasa menanda kertas Teddy. Mana taknya, dengan mudah dan penuh kepuasan dia membuat pangkah X yang besar menggunakan pen merah yang tebal. Kemudian dia meletakkan satu huruf "F" besar di atas kertas Teddy. (F= Failed/gagal)

Suatu hari, Mrs Thompson diminta untuk menganalisa rekod setiap murid pada tahun-tahun yang lepas. Dia mengambil fail pertama dan mendapati itu fail Teddy. Oleh kerana agak kurang minat dgn teddy si Pemalas, dia meletakkan fail Teddy di sebelah, untuk dibelek yang paling akhir. Sampai fail terakhir iaitu fail Teddy, ketika dia melihat-lihat dan membaca fail tersebut. Dia agak terkejut.

Guru kelas darjah satu Teddy menulis, "Teddy adalah anak yang cerdas dan suka tertawa. Dia membuat kerjanya dengan rapi dan memiliki sikap yang positif. Kewujudannya di sekitar sangat menyejukkan hati.. ". 

Guru kelas darjah duanya menulis, "Teddy adalah murid yang sangat baik, sangat disukai oleh teman-teman sekelasnya, tetapi ia terganggu kerana ibunya mempunyai penyakit melarat dan kehidupannya di rumah pasti sesuatu yang berat baginya.. "

Guru kelas darjah tiganya menulis, "kematian ibunya adalah sangat sukar baginya. Dia cuba untuk melakukan yang terbaik, tetapi ayahnya tidak menunjukkan banyak minat. Kehidupannya di rumah pasti akan banyak mempengaruhinya jika beberapa langkah tidak diambil. "

Guru kelas tahap empat Teddy menulis, "Teddy menjadi mundur dan dia tidak tertarik untuk ke sekolah. Dia tidak mempunyai banyak teman dan kadang-kala dia tidur di kelas. "

Di saat itu, Mrs Thompson tersedar. Tiba-tiba dia berasa malu terhadap dirinya sendiri. Dia merasa kasihan dengan peristiwa yang menimpa Teddy sejak beberapa tahun itu. Dia merasa bersalah atas segala tuduhan dan tindakan yang tidak baik yang pernah dia lakukan terhadap Teddy.

Bahkan dia merasa lebih teruk lagi semasa murid-muridnya membawanya hadiah krismas. Semua hadiah dibungkus dengan cantik berwarna-warni, namun hadiah daripada Teddy.. hadiahnya dibungkus berserabai dengan kertas coklat yang dipotongnya daripada beg kertas terpakai dari kedai runcit.

Mrs Thompson dengan perasaan pilu mengambil hadiah Teddy dari celah-celah hadiah yang lain. Sebahagian anak muridnya mula tertawa melihat bungkusan hadiah yang buruk tersebut.. Mrs Thompson pun membuka hadiah tersebut. Murid-murid pun ramai yang tertawa kuat, mereka melihat hadiah yang dikeluarkan itu ialah gelang kristal lama yang sudah tertanggal-tanggal biji-biji kristalnya. dan dalam hadiah itu juga terdapat satu botol minyak wangi yang hanya berisi suku botol sahaja.

Tetapi murid-murid berhenti ketawa Apabila Mrs Thompson mula memakai gelang tersebut dan berkata: "Alangkah cantiknya gelang ini". Kemudian dia meletakkannya, lantas menyapu beberapa titik minyak wangi hadiah Teddy itu di pergelangan tangannya.

Pada hari itu Teddy merasa sangat gembira. Dia menunggu lama selepas sekolah semata-mata hendak berjumpa dan mengucapkan, "Mrs Thompson, hari ini bau cikgu seperti bau emak saya".  Setelah anak itu pergi, Mrs Thompson menangis selama sejam.

Pada saat itu, ia berhenti daripada mengajar untuk membaca dan menulis, dan berhenti mengajar geometri. Sebaliknya, ia mulai melakukan satu kerja yang baru ditekadnya.. iaitu mengajar anak-anak.

Mrs Thompson memberi perhatian khusus pada Teddy. Setelah lama dibantu, fikiran Teddy nampaknya mulai hidup. Semakin banyak dia didorong, semakin cepat ia merespon dan memberi hasil. Pada akhir tahun, Teddy telah menjadi salah seorang murid terpandai di kelas. Walaupun Mrs Thompson berbohong seperti biasa bahawa ia mencintai semua anak-anak muridnya sama rata, namun Teddy menjadi satu-satunya buah kesayangannya.

Setahun kemudian, Mrs Thompson menemui sebuah surat dibawah pintu, dari Teddy, mengatakan bahawa Mrs Thompson tetap guru terbaik yang pernah dimiliki sepanjang hidupnya.

Enam tahun berlalu sebelum ia mendapat nota lain dari Teddy. Dia menulis bahawa dia telah selesai sekolah Menengah, mendapat tempat ketiga di kelasnya, dan Mrs Thompson tetap guru terbaik yang pernah dimiliki dalam hidupnya.

Empat tahun selepas itu, dia  menerima surat yang lain, mengatakan bahawa walaupun keadaan ekonomi sulit suatu ketika dulu, dia terpaksa terus bersekolah, terperangkap, dan sekarang dia akan lulus dari kolej dengan penghargaan tertinggi. Dia meyakinkan Mrs Thompson bahawa beliau tetap guru yang terbaik dan satu kegembiraan yang paling tinggi pernah ia alami sepanjang hidupnya.

Kemudian empat tahun berlalu dan surat yang lain datang. Kali ini ia menjelaskan bahawa setelah ia mendapat gelaran sarjana, dia memutuskan untuk pergi lebih jauh. Surat itu menjelaskan bahawa Mrs Thompson tetap guru yang terbaik dan kegembiraan ia pernah miliki. Tapi sekarang agak berbeza, namanya agak panjang. Surat itu ditandatangani, Theodore F. Stoddard, Medical Doctor. Kisahnya tidak berakhir di situ.

Ada lagi surat lain pada musim 'spring'. Teddy berkata bahawa ia telah bertemu gadis ini dan akan berkahwin. Dia menjelaskan bahawa ayahnya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu dan ia bertanya-tanya apakah Mrs Thompson mungkin bersetuju untuk hadir ke hari pernikahannya dan duduk di tempat yang biasanya disediakan untuk ibu pengantin lelaki.

Tentu saja, Mrs Thompson lakukan. Dan cuba teka apa lagi? Dia mengenakan gelang milik ibu teddy dengan beberapa batunya hilang. Selain itu, ia memastikan tidak terlupa daripada memakai minyak wangi yang diingat Teddy sebagai bau ibunya. Semasa Majlis, Mrs Thompson memasuki majlis, Mereka berpelukan, dan Dr. Teddy Stoddard berbisik di telinga Mrs Thompson, "Terima kasih kerana mempercayai saya. Terima kasih banyak kerana membuat saya rasa sebagai seorang yang penting dan menunjukkan kepada saya bahawa saya boleh membuat perubahan.

Mrs. Thompson dengan air matanya berlinangan, berbisik kembali. Dia berkata, "Teddy, awak sebenarnya tersilap. Awaklah sebenarnya orang yang mengajar saya bahawa saya boleh membuat perubahan. Saya tidak tahu bagaimana caranya mendidik sampai saya bertemu awak. "



"Tidak salah untuk kita menghargai jasa-jasa guru kita setiap hari."




(Terjemahkan daripada judul asal "The Teacher & The Student.")

TWIN:
Kami sayang cikgu !!! ^_^ (love)    

2 comments:

Unknown said...

sayangilah guru2 kita.. yeah!!~

SweeTWIN said...

yeah ! wajib tu. kan3x. ^_^