CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 18, 2013

Sayangilah guru-guru kita. ^_^

Disini ingin kami kongsikan sebuah cerita mengenai seorang guru dan murid.


Hari pertama musim sekolah, Mrs Thompson ke kelas darjah lima nya itu. Dia berdiri di depan kelasnya itu lalu menipu anak-anak muridnya. Seperti semua guru, dia mengucapkan perasaan cinta kepada mereka semua. Cinta yang sama rata. Padahal ini hanyalah kata-kata manis sahaja.

Cinta sama ratanya itu tidak mungkin. Apatah lagi di kelas itu, di bahagian hadapan sekali, tersandar di kerusinya seorang pelajar malas, namanya Teddy Stoddard. Mrs Thompson memerhatikan Teddy sejak setahun lamanya. Dia mendapati bahawa Teddy si pemalas, kurang ceria, tidak suka bermain dengan rakan-rakan. Teddy tidak seperti yang lain. Dia agak menyakitkan mata untuk dilihat. Pakaiannya serabai, Malah Mrs Thompson merasakan bahawa Teddy perlu selalu mandi. Selain itu, Teddy kurang enak untuk didekati. Murid yang lain agak kurang senang dengan Teddy. Malah ada yang suka membulinya.

Mrs Thompson sangat merasa senang semasa menanda kertas Teddy. Mana taknya, dengan mudah dan penuh kepuasan dia membuat pangkah X yang besar menggunakan pen merah yang tebal. Kemudian dia meletakkan satu huruf "F" besar di atas kertas Teddy. (F= Failed/gagal)

Suatu hari, Mrs Thompson diminta untuk menganalisa rekod setiap murid pada tahun-tahun yang lepas. Dia mengambil fail pertama dan mendapati itu fail Teddy. Oleh kerana agak kurang minat dgn teddy si Pemalas, dia meletakkan fail Teddy di sebelah, untuk dibelek yang paling akhir. Sampai fail terakhir iaitu fail Teddy, ketika dia melihat-lihat dan membaca fail tersebut. Dia agak terkejut.

Guru kelas darjah satu Teddy menulis, "Teddy adalah anak yang cerdas dan suka tertawa. Dia membuat kerjanya dengan rapi dan memiliki sikap yang positif. Kewujudannya di sekitar sangat menyejukkan hati.. ". 

Guru kelas darjah duanya menulis, "Teddy adalah murid yang sangat baik, sangat disukai oleh teman-teman sekelasnya, tetapi ia terganggu kerana ibunya mempunyai penyakit melarat dan kehidupannya di rumah pasti sesuatu yang berat baginya.. "

Guru kelas darjah tiganya menulis, "kematian ibunya adalah sangat sukar baginya. Dia cuba untuk melakukan yang terbaik, tetapi ayahnya tidak menunjukkan banyak minat. Kehidupannya di rumah pasti akan banyak mempengaruhinya jika beberapa langkah tidak diambil. "

Guru kelas tahap empat Teddy menulis, "Teddy menjadi mundur dan dia tidak tertarik untuk ke sekolah. Dia tidak mempunyai banyak teman dan kadang-kala dia tidur di kelas. "

Di saat itu, Mrs Thompson tersedar. Tiba-tiba dia berasa malu terhadap dirinya sendiri. Dia merasa kasihan dengan peristiwa yang menimpa Teddy sejak beberapa tahun itu. Dia merasa bersalah atas segala tuduhan dan tindakan yang tidak baik yang pernah dia lakukan terhadap Teddy.

Bahkan dia merasa lebih teruk lagi semasa murid-muridnya membawanya hadiah krismas. Semua hadiah dibungkus dengan cantik berwarna-warni, namun hadiah daripada Teddy.. hadiahnya dibungkus berserabai dengan kertas coklat yang dipotongnya daripada beg kertas terpakai dari kedai runcit.

Mrs Thompson dengan perasaan pilu mengambil hadiah Teddy dari celah-celah hadiah yang lain. Sebahagian anak muridnya mula tertawa melihat bungkusan hadiah yang buruk tersebut.. Mrs Thompson pun membuka hadiah tersebut. Murid-murid pun ramai yang tertawa kuat, mereka melihat hadiah yang dikeluarkan itu ialah gelang kristal lama yang sudah tertanggal-tanggal biji-biji kristalnya. dan dalam hadiah itu juga terdapat satu botol minyak wangi yang hanya berisi suku botol sahaja.

Tetapi murid-murid berhenti ketawa Apabila Mrs Thompson mula memakai gelang tersebut dan berkata: "Alangkah cantiknya gelang ini". Kemudian dia meletakkannya, lantas menyapu beberapa titik minyak wangi hadiah Teddy itu di pergelangan tangannya.

Pada hari itu Teddy merasa sangat gembira. Dia menunggu lama selepas sekolah semata-mata hendak berjumpa dan mengucapkan, "Mrs Thompson, hari ini bau cikgu seperti bau emak saya".  Setelah anak itu pergi, Mrs Thompson menangis selama sejam.

Pada saat itu, ia berhenti daripada mengajar untuk membaca dan menulis, dan berhenti mengajar geometri. Sebaliknya, ia mulai melakukan satu kerja yang baru ditekadnya.. iaitu mengajar anak-anak.

Mrs Thompson memberi perhatian khusus pada Teddy. Setelah lama dibantu, fikiran Teddy nampaknya mulai hidup. Semakin banyak dia didorong, semakin cepat ia merespon dan memberi hasil. Pada akhir tahun, Teddy telah menjadi salah seorang murid terpandai di kelas. Walaupun Mrs Thompson berbohong seperti biasa bahawa ia mencintai semua anak-anak muridnya sama rata, namun Teddy menjadi satu-satunya buah kesayangannya.

Setahun kemudian, Mrs Thompson menemui sebuah surat dibawah pintu, dari Teddy, mengatakan bahawa Mrs Thompson tetap guru terbaik yang pernah dimiliki sepanjang hidupnya.

Enam tahun berlalu sebelum ia mendapat nota lain dari Teddy. Dia menulis bahawa dia telah selesai sekolah Menengah, mendapat tempat ketiga di kelasnya, dan Mrs Thompson tetap guru terbaik yang pernah dimiliki dalam hidupnya.

Empat tahun selepas itu, dia  menerima surat yang lain, mengatakan bahawa walaupun keadaan ekonomi sulit suatu ketika dulu, dia terpaksa terus bersekolah, terperangkap, dan sekarang dia akan lulus dari kolej dengan penghargaan tertinggi. Dia meyakinkan Mrs Thompson bahawa beliau tetap guru yang terbaik dan satu kegembiraan yang paling tinggi pernah ia alami sepanjang hidupnya.

Kemudian empat tahun berlalu dan surat yang lain datang. Kali ini ia menjelaskan bahawa setelah ia mendapat gelaran sarjana, dia memutuskan untuk pergi lebih jauh. Surat itu menjelaskan bahawa Mrs Thompson tetap guru yang terbaik dan kegembiraan ia pernah miliki. Tapi sekarang agak berbeza, namanya agak panjang. Surat itu ditandatangani, Theodore F. Stoddard, Medical Doctor. Kisahnya tidak berakhir di situ.

Ada lagi surat lain pada musim 'spring'. Teddy berkata bahawa ia telah bertemu gadis ini dan akan berkahwin. Dia menjelaskan bahawa ayahnya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu dan ia bertanya-tanya apakah Mrs Thompson mungkin bersetuju untuk hadir ke hari pernikahannya dan duduk di tempat yang biasanya disediakan untuk ibu pengantin lelaki.

Tentu saja, Mrs Thompson lakukan. Dan cuba teka apa lagi? Dia mengenakan gelang milik ibu teddy dengan beberapa batunya hilang. Selain itu, ia memastikan tidak terlupa daripada memakai minyak wangi yang diingat Teddy sebagai bau ibunya. Semasa Majlis, Mrs Thompson memasuki majlis, Mereka berpelukan, dan Dr. Teddy Stoddard berbisik di telinga Mrs Thompson, "Terima kasih kerana mempercayai saya. Terima kasih banyak kerana membuat saya rasa sebagai seorang yang penting dan menunjukkan kepada saya bahawa saya boleh membuat perubahan.

Mrs. Thompson dengan air matanya berlinangan, berbisik kembali. Dia berkata, "Teddy, awak sebenarnya tersilap. Awaklah sebenarnya orang yang mengajar saya bahawa saya boleh membuat perubahan. Saya tidak tahu bagaimana caranya mendidik sampai saya bertemu awak. "



"Tidak salah untuk kita menghargai jasa-jasa guru kita setiap hari."




(Terjemahkan daripada judul asal "The Teacher & The Student.")

TWIN:
Kami sayang cikgu !!! ^_^ (love)    

Wednesday, February 13, 2013

Doa Menghindari Sihir Dan Ilmu Hitam

Assalammualaikum, 


Surah Yunus

10:81
Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.
10:82
"Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun
yang demikian dibenci oleh orang-orang yang
melakukan dosa".

Surah A' A'raf

7:118
Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan.
7:119
Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan
 kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.
7:120
Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud,
7:121
Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.

Surah Taha

20:69
"Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yangmereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu
tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada".

Caranya : Bacakan kesemua ayat di atas ni kepada bekas yang mengandungi air. 
Kemudian air tu disiramkan ke atas kepala orang yang terkena sihir tu. 

Sebenarnya banyak lagi surah untuk hindarkan sihir. Tapi ni salah satunya. 

Moga bermanfaat untuk kita bersama.  Jangan lupa solat! :)

Tuesday, February 12, 2013

120449 - Imam Hassan Al-Banna

Assalammulaikum,
hari ni bertarikh 12 haribulan..... Hari ni adalah tarikh memperingatan kesyahidan Imam Hassan Al-Banna. Meh le kita baca tentang kesyahidan beliau.



12.04.1949.
 MEMPERINGATI KESYAHIDAN IMAM HASAN AL-BANNA.

Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunanj, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.

Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. 

Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.

Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri.

Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis menjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.

Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. 

Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. 

Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. 

Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.

Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Barma menamakannya "Esteshhaad" yang bermaksud syahid.

Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat.

Kes pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan. 

Pertama kali dibawa pada masa pernerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi. 

Kedua, pada masa pernerintahan Perdana Menteri Husin Sari. 

Ketiga, pada zaman pernerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya.Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari singgahsananya. 

Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, Koperal 

Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat.Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat.

Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. 

Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin, tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul.

Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini. Antara pesan beliau yang terakhir:

"wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..."


sumber: FB - Memperingati 100 tahun Hassan Al Banna


Tarikh keramat!


Assalammualaikum, 

Haha, dah lama tak menaip untuk entri kali ni. Rasanya mula tahun baru terus tak de entri baru kan. Emm, so selamat tahun baru semua! Walaupun lambat sangat dah wish ni. Moga tahun ni jadi tahun yang lebih baik daripada tahun yang sebelumnya. Aminnn, in shaa Allah. :)

Okay, tujuan sebenar nak cerita ni pasal tarikh keramat. Tau pasal tarikh keramat ? Tak tau ? Haha. Sebenarnya pada 16 Januari 1994 lahirnya seorang, eh 2 orang. Haha, iaitu pasangan kembar di Hospital Besar Melaka. So, pada 16 Januari 2013 dewasalah mereka dan matang la mereka (matang sangat) kerana dah pegang angka 19 iaitu angka belasan yang terakhir pada umur yang semakin meningkat. Haha (Ada ke 20 belas tahun ? Tak de kan. :D ) So dengan angka yang cukup besar ni tanggungjawab semakin banyak. Sebagai hamba Allah dah tentu! Seorang pelajar dan anak yang solehah. In shaa Allah. :) 

So, SELAMAT HARI LAHIR KEPADA KAMI!!! :D Moga menjadi seorang yang berguna di dunia dan di akhirat. Aminn, in shaa Allah. :)

Ouh ye, cerita pasal tarikh keramat ni. Kitaorang sebenarnya nak kongsikan sikit pasal penghargaan keluarga, cikgu, kawan2 kitaorang yang tak lupa nak wish, bagi hadiah time birthday kitaorang. Walaupun simple but nice. Kiteorang suka giler. Thanks sangat2. :')

Thanks kawan2.................. :')

#Klik pada gambar untuk kejelasan yang melampau2! Pergh! Tak daya. :)

3
Ni daripada Naim. Perempuan k. Not boy. Haha.  Comel kan! Kitaorang dah bawak tidur dah naim. Lena tapi maaf la bantal ni kat kaki time tidur sebab bantal busuk harus diutamakan! Haha. Thanks! :D (Gurau!)



Comel kan ? Dapat Spongebob juga. Suke! Emm, walaupun simple tapi kreatif sangat. Buat sendiri ni. Dalam tu dapat surat cinta sekali. Haha. Ucapan la. Aisshh. Tapi misteri juga mula2 dapat ni. Masuk2 kelas ada atas meja. Sebab dalam kelas ada ramai kawan yang kreatif. Tapi siapa buat ? Haha. Akhirnya, dapat la juga mengagak. Emi rupanya yang bagi. Ouhh, main2 eh. Hee. But thanks! Lawa+comel macam kitaorang. Huh! (masuk lif tekan sendiri nampak)

Hah! Ni lagi misteri. Jeng jeng jeng. Tengah dok lepak2 dalam kelas petang2 tu. Tiba ada adik ni panggil kitaorang kat luar kelas. Then, bagi cupcake ni. Katanya orang tu suruh rahsiakan siapakah dia. Ceh! Rahsia2 konon eh. Emm, pelik jugak. Dah la tak tinggalkan notis. Haha. K bajet hot! Tau siapa ??? Emm, lepas 2 minggu lebih. Orang tu hantar notis yang menghantar cupcake tu rupanya ALYAH a.k.a CHE AL!!!!!! Ouhhh, pandai eh surprise2. Nama pun birthday. Dah la time makan sama2 tu muka tak bersalah langsung. Hee. Anyway thanks! Sedap cupcake tu. Bila dia buat ? Buat kat asrama ke kek ni che al ? :D



Hah! Tau ni apa ? Ni la chicken chop. Nazira belanja! Malam birthday tu juga. Siapa tak happy wow! Alhamdulillah. Rezeki la katakan. Sebelum ni dia 'mengidam' tak dapat, tiba birthday kitaorang ada pulak makanan ni kat kedai kak salwa. Hee. Thanks! Nak lagi! :D Hah, lagi satu kitaorang dapat satu lagu birthday daripada dia. Dia nyanyi. So sweet. Huh ? Haha. Not bad la. Tak semerdu suaraku. Kuang3. :P


Hah, ni pulak daripada Munirah dan Kak Shida. Siapa yang pilih, kitaorang tak tau. Nak tau ? 
Sebenarnya kitaorang memang peminat tegar JAM. Terutama jam tangan.  Nak dijadikan cerita asal pi kedai jam je asyik2 kata nak beli jam dinding baru nak hias kat bilik tidur. Tapi ? Takde rezeki. Alhamdulillah. Allah tu Maha Mengetahui setiap kemahuan hambaNYA. Akhirnya, mereka tunaikan hajat kami yang mereka sendiri tak tau. Hee. Thanks! Vey nice! Macam tau2 je suka putih dan jam pelik2 ni kan. Dapat terus gantung. Nampak tak excitednya tu!
*tau la korang lapar jangan la makan epal tu setengah pastu bagi baki kat kitaorang kan. Hee. :D


Hah! Kreatif kan. Tapi bukan dia yang buat. Hee. Kantoi, kitaorang dah tau kat siapa dia buat. Haha. Sebab dapat sama dengan kawan kitaorang juga. But thanks! Nice! Ouh ye, lagi satu. Ucapan tu sebenarnya dia nak print buat poskad, tapi dakwat habis kot. Hee.  It's okay. Nanti kitaorang buat sendiri. Haha.  Jap! But siapa dia ? Hoho. Kak Salwa laaa. :D



Hah, nak air apa ? lemon ke orange? Haha. No la. Apa kebenda la ni kan. Tapi lawa kan. Comel cute. Aisshh! Fikir la apa ni! Hokalorh! Bukan botol minuman la. Macam real ada air kan. Caye ke ? Huh! (Tepuk dahi) Nak tau ? Ni tabung! Tempat isi duit berjuta2 tu. Hee. Tabung rupanya. Puas la kitaorang membelek time dapat   hadiah ni. Lubangnya kat atas tu. Depan kartun cute tu. Dia jagakan jangan ada sesiapa amik. Haha. Thanks Izza!  Ehem, beli dengan siapa ni ? :D




Thanks jugak dengan semua yang tak lupa wish birthday kitaorang! Yang terlupa wish time birthday tu ? Ehhemmm, it's okay. We know you are very busy. Haha. But thanks belanja makan ye dekat kedai makan tuuuuuuuuuuuuu. Sodap :D
Ouh ye! Perkongsian ni bukan mereka yang nak tapi kitaorang saje je nak kongsi. Ngee. :D

Thanks a lot.
Sayang semua.  ♥

Friday, February 8, 2013

'Hujan hati'



Assaammualaikum...


Y a Allah si penjaga hati kami. Kuatkanlah diri ini untuk menempuh semua dugaanMu Ya Allah. Ya Allah, sesungguhnya Engkau penenang hati kami. Ya Allah jadikan hari ini sebagai hari paling bersejarah yang tidak akan kami lupa tentang dosa dan kesalahan kami. Kuatkanlah semangat dan azam kami untuk terus belajar. Ya Allah, teguhkan lah kasih sayang kami dengan orang yang banyak berjasa menurunkan ilmu kepada kami. Kuatkan lah kasih sayang antara kami, Ya Allah. Hindarilah segala kebencian dan prasangka buruk daripada orang lain. Redhamu untuk kejayaan dan masa depan kami. Maafkanlah kami wahai lilin yang membakar diri… :’(

Ya murabbi...