CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 15, 2012

Ramlah Ram ft Sleeq- Sesaat Kau Datang ~lirik~

[mus!c zone]














Assalammualaikum..


Nak share je. Best sangat lagu ni, bagi aku tak bosan bile dengar banyak kali, walaupun lagu ni agak jiwang kalau tengok lirik. Tapi tak semestinya lagu jiwang mesti slow. Betul tak ? Sebenarnya boleh je buat slow. erm, pandai di olah rentak di, kan. Apa-apa pon enjoy eh dengar lagu ni. yeeaaahh!!!!!!!! o_+

Maaf ye.....

Assalammualaikum...

Hah! Alhamdulillah, aku dah dapat kerja, kat shell sebagai cashier. Erm, tapi kan first2 masuk kerja mana boleh terus minta cuti kan. Suke hati je kan.
Aku kesian akak aku, dia dekat Johor sana. Patutnya family aku dah boleh dah pergi lawat die, tapi aduusshhh! aku pulak tak dapat nak pergi sebab dan mule kerja, takkan nak cuti. :/

Dia tepon tanya datang ke tak, aku cakap la tak dapat. Pastu die cakap "tak pe, datang 15 Januari nanti boleh sambut birthday sama-sama kat sama-sama (bday - 16 Januari)." T_T (sedihnya, terharu pon ada). Kesian die terpakse je duduk dalam dorm sebab parents tak dapat datang. Yang lain ada gak, tapi..... ntah la..:(
die lepak je lah dengan family sehah. Kawan kelas tak sangka sama kem plkn. :D

Maaf ye..... T_T

adik...

i'm lonely...

Assalammualaikum...

"Yahooooo.... syok giler akak tak ada. Boleh buat suka hati je dekat dalam bilik ni. Bak kata aku, katil ni aku yang punya... ahahahahha.. erm.. dapat keluar sorang-sorang. Dia tak de. Best giler r! Komputer pon aku dapat guna sorang. Aku dapat bangun lambat, tak ada yang memekak nak kejut aku nanti. ahahha... Kalau boleh nak je suruh die duduk lama-lama dekat sana tu. biar lama sikit. tak ada la orang nak menyibuk lagi pasal aku. huahuahua... Duit pon boleh guna sorang-sorang. Tak payah la nak share-share. Orang kate sharing is caring, bagi aku PUI!!! TAK PAYAH la. Pastu asyik2 sabtu ahad mesti suruh tepon, macam la jauh sangat, jage je lah diri tu elok2. adushhh!!!"

selalunya setengah orang mesti dah macam tu. Kan ? Tapi aku rasa bagi aku tak kot. haha, bukan apa. kiteorang mana pernah pisah. paling lame pon 3 hari. Tapi ni 3 bulan... pergi mana ? PLKN!!
Akak aku pergi PLKN kat Muar Johor. Aku sorang!. Tapi t's okay, aku still ada kawan yang giler2 nak melayan perangai dieorang tu, hee... :D walaupun jujurnya aku sunyi tak ada akak sementara ni, tapi try happykan diri sorang kat rumah ni dengan family. Tapikan, aku lebih suka duduk sorang2 dalam bilik ngadap komputer ni hah. Tak tau la kenapa. Mak selalu ajak tgk tv sama, aku tengok kejap je, pastu.......... masok bilik, hee.. :D

ermm.... bosan bosan bosan... :/

sekarang aku tengah tunggu nak cari kerja sebab asyik duduk je kat rumah, bukanlah tak suka, cuma aku ni jenis yang suke keluar berjalan2. tengok permandangan la katakan.. ahahaha.. :D
kawan-kawan ada yang dah dapat kerja. Aku belum lagi.... bile laaaaaaa nak dapat kerja ni.... :/




Thursday, December 29, 2011

~LOVE AFTER MARRIED~

~♥ Inilah Cinta Dalam Islam ♥~


 Cinta ISLAM – Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam.

Doa-semoga-dipanjangkan-jodoh

Antara ayat yang kerap di ucapkan bila berbicara tentang cinta:

“Ala, aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..”

“Saya cintakan awak kerana Allah..”

“Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..”
 

 Firman Allah S.W.T:
“Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
 (Al-Israa’: 32)
 

Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.

Bagaimana kita boleh menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina.

Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.

“Macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!”

“Kalau minta ‘break’, nanti dia sanggup tunggu aku ke?”

“Tak apa kot, kami jaga pergaulan walaupun ‘couple’..”

“Kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..”
 

 Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya? Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.

Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya.

Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.

Firman Allah di dalam Surah An-Nur:

“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
 (Al-Nur 24 :26)
 

Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati.

Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan.

Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud;

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)
 
 
Ingatlah!

Percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.. :)

*TWIN : Peringatan untuk kita semua, JANGAN HAMPIRI ZINA ! 

Renung-renungkan... : )

Jangan guna “ Bye ” kerana “ Bye ” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “ Di Bawah Naungan Pope ” .
Jangan guna “ A'kum ” kerana “ A'kum ” bermaksud “ Binatang ” dalam bahasa Yahudi.

Jangan guna “ Semekom ” kerana “ Semekom ” bermaksud “ Celaka Kamu ” .

Jangan guna "Salam" kerana "Salam" bermaksud "Celakalah Kamu" .

♥ Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi
“Assalammualaikum” ♥

*sumber : fb